Kes Bunuh Kadet: Kementerian Perjelas Kekeliruan Status 13 Pelajar Upnm

Offline
06-17-2017, 11:12 PM,
#1
13 yang dibebas, jadi saksi kes dibenar sambung pengajian
13 yang diikat jamin digantung pengajian


resim

PUTRAJAYA: Semua pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang sedang berdepan pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan (KK) kerana pembabitan dalam kes penderaan hingga menyebabkan kematian rakan sekampus mereka, digantung daripada pengajian masing-masing.

Kementerian Pendidikan Tinggi menjelaskan, 13 pelajar UPNM yang dibenarkan kembali menyambung semula pengajian adalah mereka yang dibebaskan dengan bon mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kekeliruan timbul dalam kalangan orang awam terhadap kenyataannya kelmarin, mengenai keputusan membenarkan 13 pelajar UPNM yang sebelum ini ditahan polis, menyambung pengajian semula.

"Ada dua kumpulan pelajar dimaksudkan di sini. Pertama, 13 pelajar UPNM dikenakan tuduhan mengikut Kanun Keseksaan. Mereka dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sementara menanti perbicaraan. Kumpulan pelajar ini sudah digantung pengajian dan UPNM sedang memproses penggantungan mengikut prosedur ditetapkan.

"Kumpulan kedua, membabitkan seramai 13 lagi pelajar UPNM yang dibebaskan dengan bon mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan oleh pihak berkuasa. Mereka yang saya maksudkan dibenar sambung belajar, seperti keputusan dibuat UPNM. Mereka juga akan diberi kaunseling dan sokongan psikososial oleh UPNM," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Idris berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, kementeriannya memandang serius isu itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Mangsa, Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera oleh sekumpulan rakan sekampusnya pada 22 Mei lalu, selepas dituduh mencuri komputer riba.

Pegawai Kadet Laut di bawah Akedemi Latihan Ketenteraan UPNM itu dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Susulan kejadian itu, polis menahan 32 pelajar UPNM, sebelum 6 daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat dalam pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 KK, tanpa sebarang ikat jamin.

Seramai 13 pelajar UPNM lagi berdepan tuduhan memeras mangsa sama bagi mendapatkan pengakuan palsu mengikut Seksyen 330 KK dan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pakai Tudung Sambil Bercakap, Pelajar Tertelan Jarum Peniti
Bil Elektrik Masjid Rm30,000 Sebulan Kerana Belum Tukar Status Tarif
Pukul Pelajar Buat Bising, Cikgu Idzahril Akan Dibicara 3 Mei
Pecah Digilis Kereta Ketika Selfie, Jokowi Gantikan Telefon Pelajar
Rakaman Cctv Dedah Pelajar Bunuh Diri Memang Ambil Iphone Cikgu
Lelaki Thai Bunuh Diri Lepas Tiket Loteri Menang Rm5 Juta Hilang
Perlis Keluar Fatwa Larang Pukul Pasangan, Anak, Pelajar Biarpun Untuk Mendidik
Pelajar Koma Lepas Dituduh Curi Telefon Cikgu, Meninggal Dunia Pagi Tadi
Pelajar Tingkatan 2 Kini Mati Otak Lepas Dituduh Cikgu Curi Telefon
Warga Emas Cuba Bunuh Diri Pandu Lawan Arus Di Npe



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 126
Kes Bunuh Kadet: Kementerian Perjelas Kekeliruan Status 13 Pelajar Upnm
sukawg
110936
Forum Jump: