Kes Bunuh Kadet: Kkm Akan Panggil Doktor Rawat Zulfarhan

Offline
06-18-2017, 05:21 PM,
#1
resim
resim
DATUK Seri Dr S Subramaniam merasmikan bilik Teknologi Multimedia dan Kemahiran (TMK) pada majlis perasmian bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Highlands, Klang, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

KLANG: Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor yang merawat kecederaan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang mati akibat didera baru-baru ini, dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, doktor terbabit sepatutnya tahu membezakan kesan kecederaan akibat didera atau sebaliknya, termasuk segera melaporkan kepada polis jika keadaan kecederaan pesakit mencurigakan.

"Menjadi amalan biasa doktor perlu melaporkan (kepada polis) jika sangsi wujud isu berkaitan jenayah. Memang doktor tiada hak kerana ia babitkan kes jenayah, namun seseorang doktor perlu tahu mereka perlu lapor (kepada polis)," katanya.

Beliau yang juga Presiden MIC berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Highlands, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

BH sebelum ini melaporkan individu yang membawa penuntut UPNM itu mendapatkan rawatan di klinik swasta di Bangi, dipercayai menipu doktor terbabit mengenai punca kecederaan mangsa.

Siasatan awal polis mendapati individu terbabit memaklumkan kepada doktor bahawa kecederaan dialami Zulfarhan disebabkan latihan ketenteraan dijalani mereka di UPNM.


Doktor terbabit juga mendakwa sudah mengeluarkan surat rujukan supaya mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tetapi mangsa dan rakannya menolak dengan alasan wujud masalah dengan pihak universiti.

Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bangi pada 27 Mei dan sekali lagi pada 31 Mei untuk rawatan susulan sebelum dimasukkan ke Hospital Serdang dengan kesan lecur hampir 80 peratus pada tubuhnya, namun meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Ditanya tindakan yang boleh dikenakan terhadap doktor terbabit, Dr Subramaniam berkata, hanya polis boleh mengambil tindakan jika wujud keperluan untuk berbuat demikian. - BHarian

Possibly Related Threads...
Doktor Gigi Palsu, Farahanis Mohon Maaf
Tolak Tanggapan Payudara Akan Jadi Leper Macam Roti Canai Lepas Mamogram
Mahu Kulit Gebu, Tapi Bernanah Pula Disuntik Doktor Palsu
Ini Bukan Doktor Palsu, Digelar Doktor Kerana Mahir Baiki Dapur Gas
Doktor Gigi Palsu Berguru Dengan Youtube
Netizen Kecam Doktor Gigi Sudahlah Palsu, Angkuh Pula
Pesakit Tonton Filem Hindustan Sambil Otaknya Dibedah Doktor
Ppim Nafi Lepaskan Doktor Gigi Palsu Nur Farahanis
Insiden Lucu Doktor Bersalin Lepas Bantu Pesakit Lahirkan Anak
Hospital Swasta Tawar Gaji Rm150,000 Sebulan Kepada Doktor Pakar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 117
Kes Bunuh Kadet: Kkm Akan Panggil Doktor Rawat Zulfarhan
sukawg
110951
Forum Jump: