Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?

Offline
10-17-2016, 03:48 PM,
#1
resim
resim
resim
Images of the burned Samsung Galaxy Note 7 posted by Robson Ng on Facebook.

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Facebook hari ini berkongsi pengalaman berhadapan dengan letupan bateri telefon pintar Note 7.

Dalam kiriman Facebook yang bernada sinis, Robson Ng mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Samsung kerana memberikan pengalaman kepadanya menangani situasi telefon meletup di dalam kereta.

Menurut Robson, insiden tersebut berlaku pada jam 4 pagi hari ini ketika dia memandu di lebuhraya.

Selepas telefon meletup, api dan asap mula merebak di dalam kereta.

Robson berjaya menghentikan kereta di bahu jalan tanpa sebarang kemalangan walaupun penglihatan terhad dan sesak nafas disebabkan asap.

Dalam satu kenyataan media pada 12 Oktober, Samsung Malaysia sudah pun menggesa para pengguna yang memiliki Note 7 untuk mematikan peranti tersebut serta-merta.

Tambah Samsung, para pelanggan pra-pesanan akan menerima pulangan wang atau menggantikan Note 7 dengan model S7 Edge sekiranya telefon tersebut dipulangkan. - Awani

Possibly Related Threads...
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Samsung Perkenal Galaxy S8, S8 Plus Warna Biru Laut Rm3,699
Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
Samsung Jamin Galaxy S8 Selamat
Samsung Jual Semula Note 7 Yang Diubah Suai
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Samsung Perkenalkan Ciri-ciri Terbaharu Untuk Galaxy S7 Edge.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 346
Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?
sukawg
105248
Forum Jump: