Kesan Ribut Yang Melanda Beberapa Negeri Hari Ini

Offline
08-09-2015, 12:11 AM,
#1
Quote:resim

Baling: Beberapa rumah dan kedai makan di daerah ini rosak apabila bumbung diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, hari ini, beberapa pokok turut tumbang dan menghempap kediaman penduduk.

Peniaga kedai makan, Soria Mat Zanu, 48, berkata, dia yang ketika itu sedang melayan pelanggan terkejut apabila tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat sebelum bumbung diterbangkan angin.

Menurutnya, kejadian itu tidak sampai lima minit dan pelanggannya basah kuyup namun mujur mereka terselamat.

Peniaga kedai pakaian terpakai Mohd Fikri Mohd Salleh, 28, pula berkata, ribut itu berlaku sekelip mata ketika dia sedang menyusun baju.

“Saya berlari keluar dan melaung azan sebelum melihat bumbung diterbangkan angin menyebabkan pakaian basah. Akibat kejadian itu, saya kerugian kira-kira RM10,000,” katanya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, JKM sedang mengumpul maklumat dan jumlah mangsa belum dikenal pasti.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69119#sthash.vGUU6DLy.dpuf
Quote:Nampak pusaran angin

resim

Bagan Serai: Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan di Stadium Mini Bagan Serai, di sini, terbantut selepas 20 khemah yang didirikan musnah dalam kejadian hujan lebat dan ribut, petang tadi.


Dalam kejadian 4.45 petang itu, empat kereta di perkarangan tempat letak kereta stadium itu turut rosak dihempap beberapa khemah yang diterbangkan angin.

Peniaga, Aqilah Azhar,22, berkata, dia yang sudah melarikan diri ke dalam kawasan berbumbung stadium terpaksa berpatah balik ke khemah bagi menarik ayahnya yang pada waktu itu memegang erat khemah.

Dia berkata, ayahnya, Azhar Jamaluddin, 53, pada ketika itu memegang erat tiang khemah bagi mengelak daripada khemah milik mereka diterbangkan angin.

"Apabila melihat pusaran angin mula mendekati khemah, saya segera berpatah balik dan menjerit meminta ayah melepaskan tiang khemah yang dipegang dan memintanya menyelamatkan diri.

"Mujurlah ayah mendengar jeritan saya dan segera berlari memasuki dewan utama untuk menyelamatkan diri. Kami kerugian kira-kira RM3,000 akibat kejadian itu namun bersyukur selamat," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Norizan,31, berkata, selain dari khemahnya yang musnah, kereta jenis Perodua Viva miliknya turut mengalami kerosakan teruk di bahagian cermin dan lampu belakang.

"Kesemua barangan habis diterbangkan angin dan ketika cuba mengutipnya semula keseluruhan khemah saya diterbangkan ribut kuat," katanya.


 http://www.hmetro.com.my/node/69121#sthash.Rdi3qvur.dpuf

Tujuh khemah diterbangkan angin

Alor Setar: Tujuh khemah peniaga makanan di tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2015 di Taman Jubli Emas Suka Menanti, di sini, diterbangkan angin.


Dalam kejadian pada 4.50 petang, hari ini, orang ramai yang berkunjung ke gerai terbabit tergamam apabila khemah itu tiba-tiba terangkat sebelum terpelanting.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua yang berada di kawasan terbabit terselamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah, Datuk Suraya Yaacob, berkata pihaknya akan membaiki khemah yang rosak itu dalam masa sehari bagi membolehkan mereka berniaga semula.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan bersyukur orang ramai terselamat.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69117#sthash.ab4ee1Xq.dpuf

Quote:Kesan ribut di stadium mini Bagan Serai, Perak

resim
resim
resim
resim
Quote:Antara kesan ribut di sekitar Kedah

resim
resim
resim
resim
resim
resim
resim
Quote:Ribut yang menyebabkan kerosakan di sebuah majlis rumah terbuka di Tanah Merah, Kelantan.

resim
resim
resim
resim
resim
resim


Possibly Related Threads...
Jerebu Kembali Melanda Negara
Gempa 6.2 Melanda Itali, Angka Korban Terus Meningkat
Pelanggan Sedang Minum Cendol Bertempiaran Lari Dilanda Ribut
Gempa 6.4 Magnitud Melanda Taiwan
Sekolah Di 5 Negeri, 3 Daerah Tutup Esok
Jerebu: Semua Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan Ditutup 2 Hari
Ribut Pasir Luar Biasa Melanda Arab
Ribut Terbangkan Bumbung Lalu Menghempap Rumah Jiran Sebelah
Gempa Sabah: Sabah Isytihar Isnin Hari Berkabung
Ada Yang Tergamak Jual Barangan Sumbangan Banjir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 824
Kesan Ribut Yang Melanda Beberapa Negeri Hari Ini
sukawg
97560
Forum Jump: