Kisah Harta Karun (Part 1)

Away
06-03-2012, 12:56 PM,
#1
resim
Gambar Hiasan

Korang mesti pernah dengar mengenai Harta Karun. Selalu di beri nama kepada barang berharga yang kita jumpa di dalam perut bumi. Tetapi adakah korang tahu mengenai sejarah mengapa harta tersebut di panggil harta karun?

Nama Karun ini di ambil daripada seorang hartawan pada zaman Nabi Musa. Karun adalah seorang yang pada kecilnya hidup dalam keadaan yang susah dan sengsara. Namun, dengan kuasa Allah, Karun menjadi hartawan. Kekayaan Karun telah di gambarkan dengan anak kunci gedung hartanya di pikul oleh orang-orang yang gagah perkasa. Itu baru kunci, belum kira hartanya…

part 2.....kena tunggu yaa.... gelakym

Possibly Related Threads...
Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995
Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sebelum Mati Minta Buku Seks Dimasukkan Dalam Keranda
Kisah Sedih Pengasas Bank Kebangsaan Melayu.
Tun Mahathir : Kisah Ini Belum Pernah Diceritakan
[Wajib Baca] Kisah Seks Mahatma Ghandi:
Offline
06-03-2012, 02:22 PM, (This post was last modified: 06-03-2012, 02:22 PM by astrowan.)
#2
aper ni wakkkkkkkkkkkkk ada episod2 lak nak kena ni gelak gelak


tau dah nak claim thanks banyak ni gelak gelak
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Away
06-03-2012, 08:05 PM,
#3
ileks cik wan...cik wak tgh kumpul idea nak susun ayat supaya menarik jalan cite tu.... Big Grin
Inna Solati...wa nusuki, wa mahyaya wa mamati.... liLlahi rabbil 'alamin...
Away
06-03-2012, 09:36 PM,
#4
part 2 kena tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gelak ..... dh draft dh .... cuma nk klik send je haaa
Offline
06-03-2012, 09:39 PM,
#5
wow, tima kasih wak, tak tahu pulak asal-usul perkkataan harta karun sehingga dah baca artikel wakk ni, tq Big Grin
Offline
06-03-2012, 09:42 PM,
#6
(06-03-2012, 09:39 PM)ajktingkap Wrote: wow, tima kasih wak, tak tahu pulak asal-usul perkkataan harta karun sehingga dah baca artikel wakk ni, tq Big Grin

tapi kalau harta2 tu ditemui cuma tingkap tingkap cermin sahaja

maka harta tu disebut "harta tingkap" gelakgelak
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
06-03-2012, 09:43 PM,
#7
(06-03-2012, 09:42 PM)astrowan Wrote: tapi kalau harta2 tu ditemui cuma tingkap tingkap cermin sahaja

maka harta tu disebut "harta tingkap" gelakgelak

gelak gelak gelak
Away
06-03-2012, 10:17 PM,
#8
Kisah Harta Karun (Part 2)
Smile TADI , aku ade cerita mengenai sejarah nama harta karun di Kisah Harta Karun (Part 1). Tahukah anda, kisah Karun ada diceritakan dalam Al-quran pada surah Al-Qasas, surah yang ke 28: ayat 76 -82. Jadi aku letak semua terjemahan yang berkaitan dengan Kisah Karun yang sombong dengan nikmat yang Allah bagi. Karun sangat bongkak dengan kekayaan yang di perolehnya dengan mengatakan itu adalah hasil usaha dia. Ramai yang menjadikan Karun sebagai idola. Supaya boleh hidup senang dengan kemewahan.

Allah tarik nikmat kemewahan Karun dengan menyuruh bumi menelan Karun dengan semua hartanya. Lantas, orang yang menganggap Karun sebagai idola mula sedar bahawa Allah Maha Besar. Allah tuhan yang memberi rezeki dan menyempitkan rezeki kepada manusia. Sesungguhnya orang yang kufur pada nikmat Allah tidak akan berjaya. Nauzubillah…

Itu je yang aku nak kongsikan kepada semua, jika aku ada buat silap, mintak tegur supaya kesalahan aku dapat di perbetulkan. Semoga kita boleh mengambil pengajaran dari kisah Karun @ Qarun yang bongkak dan sehingga sekarang namanya di sebut-sebut. Terutama apabila harta bernilai di jumpai di dalam tanah.
resim
Gambar Hiasan

Terjemahan Ayat.

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

(Al-Qasas 28:76)

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

(Al-Qasas 28:77)

Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

(Al-Qasas 28:78)

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik“.

(Al-Qasas 28:79)

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar“.

(Al-Qasas 28:80)

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah” dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

(Al-Qasas 28:81)

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”

(Al-Qasas 28:82)

P/S................... kalau tersilap harap diperbetulkan yaa ..... Big Grin Big Grin
part 3 wak tak janji ade ke tak yaa .... gelakym
Offline
06-03-2012, 10:20 PM,
#9
best plak rasa kalau baca citer sekerat2......gelakym
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Away
06-03-2012, 10:24 PM,
#10
Qarun, seorang pemuda bani Israil dan saudara hampir dgn Nabi Musa, ingkar perintah dan bakhil apabila Nabi Musa mengeluarkan arahan dari Allah supaya berzakat. Malahan bersekongkol dengan Firaun dan Hamman untuk membinasakan Nabi Musa. Akhirnya Allah melaknat dan membinasakan mereka kesemuanya....
Inna Solati...wa nusuki, wa mahyaya wa mamati.... liLlahi rabbil 'alamin...
Away
12-27-2015, 09:08 PM,
#11
abe yo.... terimo kasih ya,...cer citer cer citer lagi.... :p



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 10 <<>> Dilihat: 2448
Kisah Harta Karun (Part 1)
WakMedS
32841
Forum Jump: