Kisah Seorang Ayah Dan Bayi 3 Bulan.

Offline
04-27-2014, 09:34 AM,
#1
resimresimresim







Tersua dan makan tengahari dengan hamba Allah ini, seorang bapa muda awal 30an.

Membawa anak kecil lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.

Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.

Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.

Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan, anak kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi pengganti botol susu bayinya.

Biasa tengahari buat jeput gandum atau cekodok kat bilik dan hantar bekalan pada isteri.

Kos tinggal di kota, sewa rumah yg tinggi dan taska yg mahal.

Terasing dan berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.

Tiada tanah,kereta,motor dan harta peninggalan dari orang tuanya.

Selesai makan, not hijau yg diberi diambil dengan genggaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil mohon berlalu pergi dengan segera.

Mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja.

Sudah lama memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu.

Ya Allah, nikmatMu terlalu luas Ya Allah..

Rahmatmu didambakan setiap insani.

Astagfirullah.

Ampunkan kami ya Allah.

Permudahkan urusan hambamu ini.



Video Hiasan






Possibly Related Threads...
Kebaikan Pemuda Membantu Seorang Pak Cik Gelandangan Atau ‘homeless’
Tips Menyimpan Duit Setiap Bulan Untuk Golongan Muda-mudi.
Kisah Sedih Kanak-kanak Separuh Badan.
Kisah Anak Solehah, Mengunyahkan Makanan Untuk Ibunya Yang Lumpuh.
Kisah Penjual Tempe.
Kisah Anak Gadis Lupa Diri Setelah Masuk Ipt
Luahan Seorang Lelaki Yang Positif Hiv
Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya
Kisah Saya
Kisah Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1060
Kisah Seorang Ayah Dan Bayi 3 Bulan.
Reez Ramsey
84540
Forum Jump: