Kl2017: Pemandu Bas Mengaku Curi Jam Tangan Pegawai, Dipenjara 4 Hari

Offline
08-21-2017, 05:47 PM,
#1
resim
MUHAMMAD IZUAN dibawa keluar polis dari mahkamah. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

PEMANDU bas dihukum penjara selama empat hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas pertuduhan mencuri jam tangan milik Pegawai Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia sempena Sukan SEA 2017 di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memutuskan demikian selepas tertuduh, Muhammad Izuan Ayub, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh yang berbaju T dan kelihatan sugul turut mengakui semua fakta kes dikemukakan pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Izuan didakwa mencuri jam bernilai RM600 milik Norzazarina Omar, 40.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan UiTM, Stadium UiTM, Seksyen 1 di Shah Alam, antara 8 malam hingga 9 malam, 17 Ogos lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, mangsa memaklumkan kehilangan jam itu kepada seorang individu yang melihat tertuduh sebagai pemandu bas pasukan Myanmar memasuki bas pasukan Malaysia dan memakai jam berkenaan.

Mangsa kemudian bertanyakan kepada tertuduh yang kemudian mengaku mengambil jam terbabit namun mendakwa meletakkannya semula di lokasi terdahulu (bas Malaysia).

Bagaimanapun, jam itu tidak ditemui dan diserahkan oleh individu lain. Tertuduh kemudian ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Ikrimah Mohd Raya.

Siti Shakirah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama empat hari bermula tarikh tangkapan dan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda RM2,500.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pemandu bas ditahan reman selepas dipercayai mencuri jam tangan milik Pegawai Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia di dalam bas yang membawa pemain Malaysia ke Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam.

Sebelum kejadian itu, mangsa tidak sengaja meninggalkan jam tangan di dalam bas dinaikinya.

Sebaik mangsa menyedari jam tangannya hilang, dia cuba mencari di dalam bas namun tidak menjumpai jam itu dan laporan polis kemudian dibuat wanita itu pada 10 malam hari kejadian. - Metro

Possibly Related Threads...
Pegawai Bank Didenda Ugut Mahu Bakar Stesen Minyak Shell
Nasib Malang Pencuri Tersilap Kebas Motosikal Milik Pegawai Polis
Besi Terbang Entah Dari Mana Tembus Tapak Tangan Penunggang Motosikal
Pemandu Uber Wanita Naik Myvi Didakwa Maki Polis
Lelaki Dipenjara Curi 7 Kotak Kondom Di Aeon Melaka
Hentak Meja Di Ipd Petaling Jaya, Lelaki Dipenjara 3 Bulan
Langgar Atlet Paralimpik, Pemandu Hilux Didakwa
Bapa Dipenjara 10 Tahun Pukul Anak Sampai Patah Kaki
Penjual Aiskrim Dipenjara 5 Tahun Rompak Anggota Polis
Langgar Lari Skuad Basikal Paralimpik, Pemandu Hilux Diburu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Kl2017: Pemandu Bas Mengaku Curi Jam Tangan Pegawai, Dipenjara 4 Hari
sukawg
112117
Forum Jump: