Konsert Dangdut Diadakan Depan Masjid Di Indonesia

Offline
08-24-2017, 08:30 AM,
#1
resim
GAMBAR menunjukkan penyanyi dangdut ini membuat persembahan dengan latar belakang Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya di Jawa Barat. - Agensi

resim
resim
resim

resim
Dalam surat berstempel SETDA ini tertulis serangkaian acara Inbox SCTV dalam rangka peringatan HUT Kemerdekaan RI Ke-72 tingkat Kabupaten Tasikmalaya.

Jakarta: Pengguna media sosial di Indonesia mengkritik satu konsert dangdut yang diadakan di pekarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat.

Beberapa gambar menunjukkan seorang penyanyi dangdut wanita beraksi di pekarangan Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya itu tular di Internet.

Menurut Jawa Pos, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan.

Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.

Dalam gambar berkenaan, seorang penyanyi dangdut dilihat membuat persembahan dengan latar belakang masjid berkenaan.

Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Pengedar Dadah Minta Ampun Melutut Depan Ibu Lepas Dijatuh Hukuman Mati
Misteri Kambing Mati Seperti Digigit Pontianak Di Indonesia
Najib Jumpa Trump Bulan Depan Di White House
Selama 3 Tahun, Lelaki Oku Gali Bukit Depan Rumah Untuk Bina Jalan
Memalukan Bendera Indonesia Tersalah Cetak, Khairy Mohon Maaf
Indonesia Beli Jet Pejuang Sukhoi Russia, Bayar Guna Kopi Dan Teh
Di Indonesia, Tentera Diarah Tembak Saja Siapa Yang Bakar Hutan
Unik Pokok Kelapa Dengan Banyak Cabang Di Indonesia
Wanita Indonesia Dakwa Bersalin Keluar Biawak
Rakaman Buaya Hantar Mayat Ke Tepi Sungai Di Indonesia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 45
Konsert Dangdut Diadakan Depan Masjid Di Indonesia
sukawg
112172
Forum Jump: