Korea Utara Nafi Godam Sony Pictures Balas Dendam Filem Kim Jong Un Cuba Dibunuh

Offline
12-08-2014, 08:01 AM,
#1
resim
Sistem komputer di ibu pejabat Sony Pictures Entertainment di Culver, telah digodam menyebabkan masalah komputer besar-besaran. - AP

Pyongyang – Korea Utara menafikan khabar angin ia menggodam sistem komputer Sony Pictures Entertainment sebagai membalas dendam dengan penerbitan filem The Interview yang berkisarkan mengenai cubaan untuk membunuh pemimpinnya, Kim Jong Un.

Dalam satu kenyataan, negara itu memberitahu kemungkinan godaman itu dilakukan oleh penyokong Korea Utara yang bersimpati dengan Jong Un.

Negara tersebut bagaimanapun menyelar Sony Pictures kerana menerbitkan filem yang menyentuh maruah pemimpin negara mereka.

Serangan penggodam itu dilakukan bulan lepas hingga menyebabkan sistem komputer syarikat terbabit mengalami masalah besar-besaran. Selain itu 46,000 maklumat individu termasuk selebriti telah didedahkan.

Penggodam yang menggelar diri mereka sebagai penjaga keamanan turut memberi amaran bahawa Sony Pictures akan binasa.

Filem komedi Hollywood itu dibintangi James Franco dan Seth Rogen yang mengisahkan dua wartawan yang dilatih oleh CIA untuk membunuh Kim Jong Un.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan menjelang Krismas.

Possibly Related Threads...
Laman Insecam.com Dedah Rakaman Hasil Godam Webcam Anda



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 729
Korea Utara Nafi Godam Sony Pictures Balas Dendam Filem Kim Jong Un Cuba Dibunuh
sukawg
91045
Forum Jump: