Kren Kargo Milik Ktmb Tergelincir Di Stesen Bank Negara Pagi Tadi

Offline
11-23-2017, 07:59 AM,
#1
resim
resim
resim
resim

resim
Penumpang perkhidmatan tren KTMB dari dan ke laluan Batu Caves-KL Sentral-Sentul boleh menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan di hadapan stesen Sentul dan KL Sentral.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren di beberapa destinasi sekitar Lembah Klang mengalami gangguan susulan insiden tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara, awal pagi tadi.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya, @ktm_b pada jam 5.15 pagi tadi, memaklumkan berikutan itu, tiada tren dapat melalui stesen KL; Bank Negara; Putra dan Segambut.

Katanya, insiden turut menyebabkan operasi perkhidmatan komuter terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim-Kepong; Pelabuhan Klang-KL Sentral; Tampin/Seremban-KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

"Penumpang dinasihat menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

"Mohon maaf di atas kesulitan ini," katanya.

Menurut KTMB, penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula dibawa dari dan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum menyambung perjalanan dengan ETS ke destinasi seterusnya.

Katanya, bagi penumpang dari dan ke laluan Batu Caves-KL Sentral-Sentul, perkhidmatan bas disediakan di hadapan stesen Sentul dan KL Sentral.

"Bas menunggu di hadapan stesen Sentul & di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum," kata syarikat itu. - BHarian

Possibly Related Threads...
Myvi Milik Yang Dipertua Mpp Uum Disimbah, Disembur Cat
Tikam, Gilis Bmw: Ingatkan Gaduh Biasa, Kata Pekerja Stesen Minyak
Lelaki Mati Ditikam, Digilis Bmw Di Stesen Minyak Shell
Pencuri Mati Dibunuh, Mayat Ditemui Dalam Parit Depan Stesen Petron
Lelaki Perak Bakar Kereta Mahu Bunuh Diri Depan Bank
Wanita Bersalin Dalam Tandas Stesen Minyak Serah Diri, Hasil Benih Bekas Teman Lelaki
Suspek Kes Culik Lahad Datu Ditembak Mati Pagi Tadi
Polis Cari Wanita Bersalin Dalam Tandas Stesen Petronas Semalam
Guna Tandas Stesen Minyak Terlalu Lama, Rupanya Sedang Bersalin
Gadis Kolej Campak Bayi Dari Tingkat 4, Malam Bersalin Pagi Pergi Kelas Seperti Biasa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 37
Kren Kargo Milik Ktmb Tergelincir Di Stesen Bank Negara Pagi Tadi
sukawg
113847
Forum Jump: