Kuda Ditahan Dalam Lokap Lepas Tendang Wanita

Online
11-16-2017, 07:32 AM,
#1
resim
Keadaan kuda yang ditahan dalam lokap di Brazil.

POLIS bukan saja menahan seekor kuda yang menendang kereta seorang wanita di sebuah bandar di Brazil, malah memasukkan haiwan itu ke dalam lokap selepas wanita berkenaan berkeras mahu kuda berkenaan ditahan sehingga dia mendapat bayaran ganti rugi.

Dalam kejadian di bandar Nossa Senhora Aparecida, timur laut Brazil, Ahad lalu, kuda itu ditahan dalam lokap selama 24 jam.

Pemilik kuda itu, William dos Santos berkata, penahanan haiwan itu sesuatu yang mengarut dan melampau.

“Apabila ke balai polis, saya terkejut melihat kuda itu ditahan dalam lokap seperti penjenayah biasa,” katanya.

Pemilik kuda itu berkata, ketika rakannya menunggang membawa kuda itu bersiar-siar, haiwan berkenaan menendang kereta terbabit.

“Wanita itu menghubungi polis yang kemudian menahan dan membawa kuda saya ke balai polis.

“Terperanjat saya melihat kuda itu ditahan dalam lokap tanpa diberi makanan dan minum selain tidak boleh bergerak dalam ruang sempit.

“Pada sebelah malam (Ahad) saya membawa makanan namun polis tidak membenarkan saya memberi kuda itu makan,” katanya.

Polis menafikan mereka kuda itu dilayan dengan cara tidak wajar namun William membuat aduan kepada persatuan kebajikan haiwan termpatan.

William kemudian bersetuju membayar ganti rugi kepada wanita terbabit membolehkan kudanya dibebaskan.

Ketua Polis Sergipe, Jonathan Evangelista, yang ditanya Globo TV adakah ia prosedur biasa menahan kuda yang melakukan kesalahan trafik, berkata: “Sudah tentu tidak normal untuk menahan kuda.

“Kami sudah memulakan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.” - DM/Metro

Possibly Related Threads...
Wanita Ditemui Mati Separuh Bogel
Kerana Terlalu Rindu, Wanita Makan Abu Mayat Ibu Sendiri
Tumor 3kg Tumbuh Dalam Badan Selama 65 Tahun Berjaya Dikeluarkan
Berkorban Nyawa Demi Adik - Remaja Oku Lemas Jatuh Ke Dalam Sungai
Pondan Antara 5 Ditahan
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Bapa Dakwa Anak Demam, Kena Ruam Lepas Minum Susu Enfalac Tiruan
Ayam Murah Cuma Rm2.99 Sekilo, 1,800 Ekor Habis Dalam 2 Jam
Imam Ditahan Keluar Fatwa Haramkan Wanita Bekerja
Pokok-pokok Luar Biasa Di Dunia Diabadikan Dalam Sebuah Buku



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 83
Kuda Ditahan Dalam Lokap Lepas Tendang Wanita
sukawg
113683
Forum Jump: