Kumpulan Sesat Indonesia Ajak Solat Cuma 3 Kali Sehari

Offline
02-21-2015, 09:43 AM,
#1
Jakarta: Kumpulan ajaran sesat yang percaya umat Islam hanya perlu mendirikan solat tiga kali sehari semakin giat menghasut orang ramai supaya mengikut fahaman mereka.

Semalam, kumpulan itu dipercayai menyebarkan bahan propaganda berbentuk pelekat ke beberapa daerah di Jawa Timur.

Pelekat diterbitkan Pondok Pesantren Urwatul Wutsqo (PPUW) itu bukan hanya tersebar di Jombang, malah di Pasuruan dan kawasan sekitarnya.

Justeru, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jombang akan memanggil pengetua sekolah pondok berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai penyebaran bahan menyesatkan itu.

Menurut Ketua MUI Jombang, KH Kholil Dahlan, fahaman yang bawa PPUW boleh menimbulkan kekeliruan bagi yang tidak memahami syariat Islam secara mendalam.

Katanya, dalam Islam amalan menggabung atau meringkaskan solat memang dibenarkan, tetapi hanya dalam situasi tertentu.

“Misalnya, jika berjalan seseorang melakukan perjalanan ke suatu tempat yang jauh, atau sakit,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan aktivis menggunakan nama Islam mendakwa, kewajipan mendirikan solat dalam agama hanya tiga kali sehari semalam, bukannya lima.

Sementara itu, polis, Kementerian Agama Indonesia dan MUI sudah bekerjasama dengan kumpulan yang mengelola sekolah pondok di bawah kumpulan Nahdatul Ulama, Rabhithah Ma’had Islamiyah.

Sumber berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan semua pihak yang berkenaan berbincang mengenai penyebaran pelekat PPUW.

Menteri Agama, Lukman Hakim Saifuddin pula meminta supaya penyebaran pelekat sesat itu segera ditangani kerana bertentangan dengan fahaman Islam.

Possibly Related Threads...
Masjid Sesat Dirasmi - Azan Dalam Bahasa Inggeris, Wanita Lelaki Satu Saf
Inri Cristo : Sesat Mengaku Jelmaan Nabi Isa (12 Gambar)
10 Soalan Bukti Orang Syiah Sesat Ketika Diajak Berdebat
Ketua Kumpulan Syiah Malaysia Dakwa Ada 300k Ke Sejuta Orang Syiah
Kosdunia_penjualan Arak Mungkin Diharamkan Di Indonesia
60 Ajaran Sesat Yang Aktif Di Laman Facebook
[bhariannasional]_jpm Arah Banteras Semua Ajaran Sesat
[SinarOnlineUtama]_30 ajaran sesat
sesat jumpa tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1575
Kumpulan Sesat Indonesia Ajak Solat Cuma 3 Kali Sehari
sukawg
93380
Forum Jump: