Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai Di Afrika Selatan

Offline
02-11-2017, 12:47 PM,
#1


resim

CAPE TOWN 10 Feb. – Satu serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditemukan terdampar di kawasan pantai Wild Coast di Afrika Selatan baru-baru ini.


 
Portal Dispatch Live melaporkan, serpihan yang diperbuat daripada bahan komposit menyerupai sarang lebah di bahagian dalam serta bingkai aluminium itu dijumpai di Pantai Mpame berhampiran Hole-in-the-Wall di Coffe Bay.

Menurut pemilik chalet Bull’s Inn, Cameron Edwards, serpihan tersebut ditemukan ipar-duainya yang datang dari Bloemfontein.

“Mereka memberitahu telah menjumpai ‘bangkai bot’ yang terapung di laut.

“Bagaimanapun, selepas melihat sendiri objek itu, ia tidak kelihatan seperti bot,” katanya.

Edwards kemudian membe*ritahu rakannya, Patrick Hill yang memiliki sebuah pesawat berhubung penemuan itu dan menghantar beberapa keping gambar kepadanya untuk dianalisis.

Gambar tersebut menerima maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pegawai yang menyiasat insiden MH370, Aslam Khan.

Jelas Hill, penemuan itu dianggap sangat menarik kerana membawa kepada lembaran baharu terhadap misi pencarian pesawat MH370.

“Ketika ini, seluruh komuniti penerbangan sedang sibuk dengan penemuan ini dan jika terbukti benar serpihan ini milik MH370, maka ini akan menjadi penemuan pertama dalam magnitud seperti ini di kawasan pantai kami,” kata Hill. - Utusan


resim

Possibly Related Threads...
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Mh370: Pesawat Menjunam Tanpa Dikawal
Serpihan Pesawat Ditemui Di Mauritius Disahkan Milik Mh370
22 Serpihan Ditemukan Setakat Ini - Liow
Serpihan Ditemui Di Perairan Tanzania Disahkan Mh370
Waris Mangsa Mh370 Mahu Lebih Serpihan Pesawat Diteliti
Serpihan Pesawat Didakwa Mh370 Ditemui Di Mozambique
Pesawat Mh370 Menjunam Sebelum Terhempas - Analisis Baharu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 278
Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai Di Afrika Selatan
sukawg
107894
Forum Jump: