Laporan Mh17: Pesawat Ditembak Peluru Berpandu Buatan Russia

Offline
10-13-2015, 03:25 PM,
#1
resim

AMSTERDAM: Lembaga Keselamatan Belanda yang akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH17 pada Selasa dijangka memaklumkan ia ditembak peluru berpandu buatan Rusia, tanpa mendedahkan pihak yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak di wilayah bergolak oleh puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengakibatkan 298 penumpangnya termasuk warga Belanda terkorban.

Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.

Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.

Beberapa pihak percaya tindakan pemberontak menembak pesawat itu kerana menganggap ia adalah milik tentera Ukraine.

Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan Tjibbe Joustra akan terlebih dulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.

Laporan itu antara lain memfokuskan kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.  - MStar

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 801
Laporan Mh17: Pesawat Ditembak Peluru Berpandu Buatan Russia
sukawg
98899
Forum Jump: