Lebih 10,000 Militan Is Terbunuh

Offline
06-04-2015, 09:54 PM,
#1
AP - PEJUANG daripada Brigade Badar Syiah melakukan rondaan di pinggir Fallujah, wilayah Anbar, Iraq pada Isnin lalu.

PARIS – Lebih 10,000 anggota kumpulan militan Islamic State (IS) terbunuh sejak tentera pakatan antarabangsa memulakan kempen serangan ofensif terhadap mereka sejak sembilan bulan lepas di Iraq dan Syria, kata Timbalan Setia­usaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken semalam.

Bercakap selepas kumpulan pakatan tersebut bertemu di Paris, dia memberitahu, terdapat banyak perkembangan dalam menentang IS tetapi kumpulan itu masih kukuh dan mampu mengambil inisiatif tersendiri.

“Kami melihat banyak kematian dalam kumpulan pemberontak tersebut sejak kempen serangan dilancarkan iaitu lebih 10,000 orang,” kata Blinken kepada radio tempatan, France Inter.
Tambahnya, kehilangan ramai anggota dalam serangan tersebut bakal memberi impak besar terhadap kumpulan militan berkenaan.

Kelmarin, tentera Barat dan Arab Saudi melakukan serangan udara terhadap kumpulan IS yang disokong pelan Iraq untuk mengambil semula wilayah selepas dituduh tidak membantu Baghdad mengundurkan pemberontak.

“Pada awal kempen kami me­nyatakan ia akan mengambil masa dengan membayangkan pelan tiga tahun dan kami kini berada di bulan kesembilan,” katanya.
– Reuters

Possibly Related Threads...
Is Mengaku Lancar Serangan Tepi Pantai Di Bandar Sousse Tunisia 40 Terbunuh
Militan Is Rancang Siri Letupan Mirip Ji
75 Telah Ditahan Polis Elemen Kumpulan Militan Negara Islam (is)
Us Lebih Bahaya Daripada Is
Wanita Mengaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan Is



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 657
Lebih 10,000 Militan Is Terbunuh
NorCun
96137
Forum Jump: