Lebih Baik Mereka Nikah Sembunyi, Daripada Buat Maksiat

Online
01-12-2018, 10:59 AM,
#1
resim

KUALA BERANG - “Sepanjang tempoh sejak 33 tahun lalu, sudah 49 pasangan telah dibantu bernikah di Thailand. Saya bukanlah ejen nikah, cuma niat ingin tolong daripada biarkan mereka lakukan maksiat,” kata Ahmad (bukan nama sebenar), 60-an.

Dakwanya, dia juga tidak pernah mengambil upah sekiranya membawa mana-mana pasangan melangsungkan perkahwinan di negara jiran itu sebaliknya mereka sukarela hadiahkan wang sebagai ucapan terima kasih.

Menurut Ahmad, majoriti pasangan dibantunya melibatkan individu ingin berpoligami dan hanya empat pasangan sahaja yang baru hendak berkahwin namun mendapat tentangan keluarga terutamanya ibu bapa atas pelbagai sebab.

“Secara kebetulan saya ramai kenalan di sana (Thailand) dan selalu berulang-alik sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Mulanya kawan yang minta tolong teman dia kerana saya tahu selok-belok di negara jiran ini.

“Daripada situ, satu demi satu pasangan  datang meminta bantuan sebagai penyudah cara untuk bawa mereka langsungkan perkahwinan di Thailand. Niat saya cuma satu, ingin menolong mereka bina ikatan halal.

“Pertolongan ini bukan bermakna saya menyokong mereka bernikah dengan cara sembunyi sebegini tetapi saya lihat dari aspek ingin membantu kerana ini lebih baik daripada terus biarkan mereka lakukan maksiat atau terjebak sindiket perkahwinan tidak sah.

“Sekurang-kurangnya saya bantu membawa mereka kepada saluran betul walaupun berkahwin di negara jiran. Saya pun tidak kenakan sebarang upah kerana niat saya hendak tolong bukannya sediakan perkhidmatan dengan kadar bayaran tertentu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tambah Ahmad, setakat ini, pasangan yang dibantunya tidak berdepan masalah termasuk sewaktu urusan pendaftaran perkahwinan mereka di negara ini selepas dinikahkan di Thailand.

“Kebanyakan pasangan yang saya tolong adalah mereka yang ingin berpoligami, mereka ingin  ‘buka cawangan’ tetapi dapat tentangan daripada isteri masing-masing. Kalau pasangan bujang pula, hubungan tidak direstui ibu bapa hingga mereka terpaksa nikah di Thailand.

“Ada juga lelaki yang pernah membawa pasangan perempuan bersama walinya sekali ke sana untuk bernikah. Lebih baik mereka nikah daripada berlaku maksiat hingga lahir anak luar nikah.

“Biasanya saya bawa ke pejabat agama di wilayah Narathiwat untuk berkahwin secara sah oleh kadi yang diiktiraf kerajaan negara ini,” katanya yang mempunyai dua isteri yang kedua-duanya dinikahi di negara ini.

Katanya lagi, dia turut menjadi saksi bagi semua 49 pasangan dibawa bernikah itu dan dia juga dipanggil sebagai saksi apabila mereka hendak daftarkan perkahwinan di negara ini. - Sinar

Possibly Related Threads...
Buat Video Lawak Parodi Boleh Jatuh Haram
Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Wartawan Reuters Buat Liputan Rohingya Didakwa
Kawan Baik Sejak 60 Tahun Lepas Rupanya Adik Sendiri
Viral Gadis Kelantan Sedang Khayal Buat Facebook Live
Dah Bayar Rm475,000, Perlu Lebih Rm300,000 Lagi
Nama Saya Sembunyi, Panggil Sem
Tulang Kaki Hancur, Lelaki Lebih Rela Terkulai Daripada Dipotong
Bersatu Buat Laporan Polis Kehilangan Rm161 Bilion



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 26
Lebih Baik Mereka Nikah Sembunyi, Daripada Buat Maksiat
sukawg
115060
Forum Jump: