Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Pada 2013 Mulakan Hukuman Penjara

Offline
06-19-2017, 06:56 PM,
#1




resim
Ia selepas percubaannya membatalkan hukuman itu ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.

GEORGE TOWN: Lelaki yang dilihat dalam sebuah klip video 4 tahun lalu membelasah isterinya di hadapan 2 orang anak mereka di dalam sebuah lif, hari ini gagal dalam mengubah hukuman 8 bulan penjara ke atasnya.

Bekas pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohammad Affandi Ismail dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Mei tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Abdul Wahab Mohamed berkata mahkamah bertindak betul dalam keputusannya menghukum Affandi, 41, yang menyerang isteri pertamanya, pekerja kilang Siti Khadijah Ahmad Ramli, 41.

Kejadian berlaku dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta, pada 12 Ogos, 2013.

Wahab memerintahkan hukuman penjara Affandi bermula hari ini.

Ketika keputusan dibacakan, Affandi dilihat menggeleng-geleng kepalanya.

Selepas keputusan Mahkamah Majistret tahun lalu, dia dibebaskan dengan jaminan.

Tuduhan di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda RM2,000. - FMT

Possibly Related Threads...
Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya
Tampal Pelekat Hitam Pada Nombor Plat Elak Dikesan
Budak Tersepit 2 Jari Pada Eskalator Di Plaza Angsana Jb
8 Polis Trafik Ditahan Lepas Duit Rm18,000 Ditemui Dalam Balai
Budak Mati Didera Teman Lelaki Ibu, Anak Hasil Hubungan Terlarang
Abang Sorok Dalam Semak, Lihat Adik Mati Ditetak Depan Mata
Gadis Diserang Lelaki Kerana Pakai Seluar Singkat Di Bulan Ramadan
Cikgu Di Colorado Boleh Bawa Senjata Dalam Kelas Untuk Balas Tembakan
Suami Terima 42 Jahitan Dikelar Penyamun Cuba Lindungi Isteri
Pukul Mati Lelaki Mencabul: Wanita, 3 Lelaki Didakwa Bunuh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 38
Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Pada 2013 Mulakan Hukuman Penjara
sukawg
110969
Forum Jump: