Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia

Offline
02-10-2017, 03:48 PM,
#1
resim

LONDON: Seorang lelaki Britain mendakwa memiliki telefon bimbit Nokia 3310 paling 'tua' di dunia dan masih berfungsi sehingga ke hari ini.

Dave Mitchell, 40, membeli telefon klasik itu pada tahun 200 dan tidak pernah menukar gajet tersebut yang dianggap sebagai 'lasak dan kuat'.

Malah dia tidak kisah menjadi bahan lawak oleh rakan-rakannya kerana membawa telefon ketinggalan zaman itu meski pun Mitchell hanya boleh menggunakannya untuk menghantar mesej, membuat dan menerima panggilan, mengira menerusi kalkulator dan bermain permainan 'Snake'.

Telefon itu tidak memiliki talian Internet tetapi Mitchell berkata, dia tidak mempunyai masalah meneruskan kehidupan harian tanpa teknologi moden dan masih mampu melayari dunia maya menggunakan komputer.

"Saya pernah diberikan telefon pintar oleh anak lelaki kira-kira beberapa tahun lalu, tetapi saya tidak memerlukannya.

"Saya lebih selesa berhubung menggunakan telefon lama ini walaupun sudah ketinggalan zaman," katanya.

Telefon itu digunakan sepanjang dia berkhidmat selama 10 tahun dalam tentera Britain di Iraq, Afghanistan, Jordan dan Jerman.

Walaupun pernah dimasukkan dalam mesin basuh secara tidak sengaja, telefon milik Mitchell itu masih bertahan dan berfungsi dengan baik selepas 17 tahun digunakan.

"Tidak kira apa yang berlaku pada Nokia saya ini, ia tetap berfungsi dengan baik seolah dibuat daripada bahan yang kuat," katanya. - MStar

Possibly Related Threads...
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki
Nokia 3310 Dikeluarkan Mwc2017 Berharga Rm280
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Galaxy Note 7 Meletup Dalam Poket Seluar, Lelaki Saman Samsung
Syarikat India Lancar Telefon Pintar Termurah Dunia, Cuma Rm30
Nokia 1100 Model Terlaris Di Dunia
Nokia Rancang Keluarkan Semula Telefon Pada 2016



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 228
Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia
sukawg
107872
Forum Jump: