Lelaki Britain Didenda Rm6,000 Guna Nombor Plat Abd1

Offline
01-11-2018, 02:42 PM,
#1
resim
TIMBALAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad. - Foto Faiz Anuar

resim

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Britain, mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan nombor pendaftaran milik kerabat Diraja ke atas kereta jenis BMW X3 klon, yang digunakannya bagi mengelak dikesan penarik kereta.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kemudian mengarahkan Richard Daniel Seymour, 36, yang ditahan pada 6 Disember di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, di sini, membayar denda sebanyak RM6,000.

Richard yang dituduh mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain kemudian membayar denda berkenaan sebelum dibebaskan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata Richard ditahan semasa memandu kenderaan dari Singapura itu oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sekitar jam 11.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan, nombor pendaftaran kereta jenis BMWX3 yang digunakannya didapati didaftarkan atas sebuah motosikal jenis Sym milik kerabat Diraja, sebelum dia ditahan reman selama sehari pada 7 Disember tahun lalu.

"Siasatan susulan mendapati, Richard menukar nombor pendaftarannya berdasarkan nama Islamnya, Abdullah Seymour, atau ABD1 selepas sekumpulan tiga lelaki ingin menarik kereta berkenaan dua hari sebelum dia ditahan polis," katanya ketika dihubungi BH.

Alzafny berkata, Richard memperoleh kereta berkenaan dari seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai Ilia bagi memudahkan dia bergerak sepanjang berada di negara ini.

"Semakan ke atas casis kereta berkenaan mendapati ia berstatus lupus oleh pihak polis Singapura, namun tiada sebarang laporan berkaitan dengan jenayah. Kereta berkenaan disita untuk tindakan lanjut," katanya.

Sehubungan dengan itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, memberi amaran kepada mana-mana individu untuk tidak sewenang-wenangnya menukar nombor pendaftaran lain atau tidak sah demi kepentingan sendiri.

Malah, mereka yang menggunakan kenderaan pinjam atau milik orang lain disaran untuk memeriksa status kenderaan yang digunakan. - BHarian

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Berang Jiran Kotorkan Halaman Rumah, Lelaki Sabit Kepalanya
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Lelaki Britain Didenda Rm6,000 Guna Nombor Plat Abd1
sukawg
115040
Forum Jump: