Lelaki Dari Tumpat Jadi Pengebom Berani Mati Kedua Rakyat Malaysia

Offline
12-09-2014, 06:07 PM,
#1
resim
Bendera Isis berkibar di bandar Saadiya di wilayah Diyala, Iraq selepas kumpulan itu berjaya disingkirkan dari situ bulan lepas. – Gambar Reuters, 9 Disember, 2014.

Seorang lelaki berasal dari Tumpat, Kelantan dikenal pasti sebagai pengebom berani mati Malaysia kedua yang terlibat dalam pergolakan di Syria, lapor The Star hari ini.

Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai memandu sebuah trak sarat dengan bom ke dalam kawasan tentera di Homs dan membunuh kira-kira 50 askar setia dengan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Sumber mendedahkan Ahmad Affendi yang masih bujang itu pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Dipercayai Ahmad Affendi, juga dikenali sebagai Abu Zakaria, hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kematiannya didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Counterterrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asst Komisioner Datuk Ayub Khan.

Sebelum ini dilaporkan Ahmad Tarmimi Maliki, 26, dikatakan pengebom berani mati Malaysia yang pertama dikaitkan dengan Isis, dan terlibat meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.

Laporan itu menyatakan Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu SUV tentera penuh dengan bahan letupan ke ibu pejabat SWAT itu, turut meletupkan dirinya dalam letupan itu.

Sabtu lepas, The Malaysian Insider melaporkan anggota tentera Malaysia adalah antara pihak yang berada di bawah pengawasan polis setelah ada yang dikesan menjadi penyokong Isis.

Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu The Malaysian Insider bahawa dua orang anggota pasukan keselamatan ditahan di Kuala Lumpur akhir bulan lalu kerana disyaki menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia menyertai militan Isis di Syria.

"Kedua-dua yang ditahan telah dipengaruhi supaya menyokong Isis melalui media sosial dan berkawan dengan individu yang berfikiran sama di Internet.

"Selain kedua-dua suspek, yang mempunyai pangkat, polis juga sedang memantau anggota pasukan keselamatan lain yang mungkin bersimpati kepada Isis," kata seorang pegawai perisikan Malaysia.

Pegawai itu berkata polis juga terus meneliti pelbagai individu, tidak kira sama ada dalam sektor awam atau swasta.

"Jika dibiarkan, simpati untuk aktiviti militan akhirnya boleh membawa kepada sesuatu yang lebih besar dan tidak diingini. Oleh itu polis akan sentiasa mengawasi kegiatan tersebut."

Pada Jun tahun ini, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia adalah antara tiga lelaki ditahan di Sabah kerana menjadi sebahagian daripada perancang kumpulan militan untuk menjalankan pengeboman berani mati di Syria dan Iraq.

Pegawai itu berkata seperti ramai rakyat Malaysia yang menyertai atau menyokong Isis, beberapa anggota keselamatan merasakan kehidupan mereka tidak menuju ke mana-mana.

"Anggota ini merasa hidup mereka tidak bermakna. Oleh itu, mereka tertarik untuk menyokong Isis kerana ia juga merupakan jalan pintas ke syurga." – 9 Disember, 2014.

Possibly Related Threads...
Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria, 8 Orang Sudah Tiba Hari Ini
As Bom Is Dari Turki Buat Kali Pertama
Is Siar Video 25 Askar Ditembak Mati Di Gelanggang Teater Bandar Purba Palmyra
Ketua Isis Abu Bakr Al-baghdadi Mati Lapor Radio Iran
Pengebom Berani Mati Seorang Yang Pendiam, Kata Bapa Saudara
Seorang Lagi Pengebom Berani Mati Malaysia Dikenal Pasti
Jangan Terpedaya Istilah Mati Syahid - Mufti
Is Diserang Pengebom Wanita
Mati Di Syria Tidak Semestinya Syahid
Wanita Mengaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan Is



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 794
Lelaki Dari Tumpat Jadi Pengebom Berani Mati Kedua Rakyat Malaysia
sukawg
91099
Forum Jump: