Lelaki Ditangkap Cuba Jual Cebisan Nahas Pesawat Mh17 Sebagai Cenderamata

Offline
12-01-2015, 07:44 AM,
#1
resim

THE HAGUE: Polis Belanda telah menahan seorang lelaki yang cuba menjual cebisan barangan daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine sebagai cenderamata, di dalam talian.

Lelaki tersebut kini ditahan atas tuduhan melakukan penipuan dan sebuah siasatan telah dijalankan, kata pihak polis dalam satu kenyataan pada Ahad (29 November).

Dia cuba menjual ‘sehelai pakaian yang digunakannya di tapak nahas’ ketika pasukan keselamatan menjalankan siasatan ke atas tragedi yang menimpa pesawat berkenaan, yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam nahas pada Julai tahun lalu itu, semua 298 orang di dalam pesawat berkenaan terbunuh apabila dibedil peluru berpandu dari zon konflik yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Selain pakaian, lelaki tersebut juga cuba menjual sepeket tisu berlabel Malaysia Airlines dan satu lagi barangan yang tidak diketahui butirannya namun dikatakan berasal daripada pesawat berkenaan.

Kesemua barangan tersebut dijual di laman web Belanda iaitu Marktplaats (Marketplace).

Marktplaats memberitahu saluran televisyen tempatan, NOS, bahawa pautan yang tidak sensitive itu kini sudah dipadam daripada laman web mereka.

Menurut NOS, lelaki itu melabelkan barangan tersebut sebagai ‘hiasan dinding’ yang diperbuat daripada jaket dan topi yang digunakan anggota pasukan penyiasat, sementara tisu pula katanya, sebagai ‘cebisan dari nahas’.

Kesemua barangan itu mahu dijual pada harga 1,500 Euro (RM6,740).

Pihak polis memberitahu, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada benar semua barangn itu berasal dari pesawat MH17. - Awani

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 581
Lelaki Ditangkap Cuba Jual Cebisan Nahas Pesawat Mh17 Sebagai Cenderamata
sukawg
99730
Forum Jump: