Lelaki Ditemui Tergantung Pada Kipas Siling Di Jempol

Offline
01-23-2018, 08:29 PM,
#1
resim
Dokumen pengenalan mangsa yang ditemui dalam keadaan lehernya tergantung dengan tali pada kipas siling di rumahnya di Ladang Bahau dekat sini pagi ini.

JEMPOL - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan lehernya tergantung dengan tali pada kipas siling di rumahnya di Ladang Bahau dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada polis bantuan Ladang Bahau yang datang ke Balai Polis Bahau untuk membuat laporan.

"Sebaik menerima maklumat, Ketua Polis Bahau bersama anggotanya segera ke lokasi kejadian. 

"Pegawai Perubatan yang tiba di rumah itu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kosmo! difahamkan, lelaki itu dikenali sebagai Gunaa Chandraderan, 26, dan baru bekerja selama tiga bulan sebagai kerani di ladang itu. 

Muhd Nur Hishamuddin berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian lelaki tersebut. 

Tambahnya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Jempol dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat menggantung diri.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Berang Jiran Kotorkan Halaman Rumah, Lelaki Sabit Kepalanya
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
5 Mayat Lelaki Ditemui Dalam Sungai Muda, Kedah
Pegawai Polis China Ditemui Mati Atas Katil Di Kluang
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 48
Lelaki Ditemui Tergantung Pada Kipas Siling Di Jempol
sukawg
115347
Forum Jump: