Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri

Online
11-22-2017, 10:12 PM,
#1
resim

resim
resim

resim
Noppajit selepas menjalani pembedahan plastik.

resim
resim
Noppajit bertemu ibunya.

BANGKOK - Seorang ibu di Thailand hampir tidak mengenali langsung anaknya sendiri selepas anaknya itu menjalani beberapa siri pembedahan plastik bagi mengubah penampilan dirinya.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Noppajit Monlin, 22 tahun, seorang pekerja kilang telah dipilih menyertai rancangan TV popular 'Let Me In Thailand' yang menawarkan 'makeover' menerusi pembedahan plastik di Korea Selatan.

Pemuda itu sebelum ini mengakui dia 'mederita' akibat mempunyai rahang yang senget dan mengalami masalah ketika mengunyah.

Dia juga sering berasa malu serta dipulaukan rakan sekerja disebabkan penampilannya, membuatkan Noppajit sering makan bersendirian ketika waktu rehat.

Namun, segalanya berubah selepas Noppajit membuat pembedahan pada rahang, dahi, kelopak mata dan suntikan botox ke kelenjar liurnya serta rawatan kulit untuk menghilangkan parut.

Selepas mengambil masa tiga bulan untuk pulih, dia membuat keputusan untuk berjumpa ibunya buat pertama kali sejak menjalani rawatan.

Ibunya yang menunggu, tidak sedar bahawa anaknya sedang berada di meja hadapan menikmati makanan bersama rakan-rakan.

Apabila ditegur oleh Noppajit, ibunya sambil menangis tidak percaya bahawa itu adalah anaknya sehinggalah dia melihat parut pada badan anaknya itu.

Dalam satu temubual di rancangan tersebut, Noppajit mengakui kehidupannya kini telah mengalami perubahan besar, terutama sekali kehidupan sosialnya.

Meskipun dia kini mampu mencari pekerjaan di mana-mana agensi modeling, Noppajit berkata dia masih insan yang sama dan masih mencintai teman wanita transgendernya yang bernama Tob.

Katanya, walaupun telah memilki kehidupan baharu, hatinya tetap sama. - Awani


resim
Tetap mengunyit.

Possibly Related Threads...
'hanya Fikir Nak Selamatkan Anak'
Tulang Kaki Hancur, Lelaki Lebih Rela Terkulai Daripada Dipotong
Kerana Terlalu Rindu, Wanita Makan Abu Mayat Ibu Sendiri
Didakwa Bunuh Lelaki Curi Motor
Ibu Tunjuk Adegan Berahi Depan Anak
Pakar Bedah Didakwa Kerana Ukir Nama Sendiri Pada Hati Pesakit
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Lelaki Dipenjara Setahun Kerana Pijak Potret Genghis Khan
Demi Sesuap Nasi, Lelaki Berenang Di Laut Untuk Jual Aiskrim
Jangan Tiru Iklan Usahawan Berjaya Bodohkan Diri Sendiri, Kata Usahawan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri
sukawg
113842
Forum Jump: