Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian

Offline
05-30-2016, 02:08 PM,
#1
resim
Kajian mendapati lelaki lebih baran berbanding wanita di Facebook. — Foto fail

LONDON, 30 Mei — Asyik berbalah dengan pengguna lelaki di Facebook?

Anda mungkin tidak keseorangan, kerana sebuah kajian baru-baru ini mendapati golongan lelaki didapati lebih baran dan kuat bertengkar di laman sosial Facebook berbanding wanita.

Kajian dibuat penyelidik di Universiti Stony Brook di New York, yang menggunakan perisian komputer untuk menganalisis kira-kira 10 juta coretan dan komen yang dibuat lebih 65,000 pengguna Facebook.

Menurut mereka, tutur kata wanita di Facebook “lebih mesra dan mudah diterima” berbanding lelaki, yang cenderung menjadi lebih mencetuskan permusuhan dan tidak mesra, lapor portal UK, The Independent.

Perbezaan itu jelas apabila pengkaji dapat meneka jantina seseorang dengan mudah daripada bahasa yang digunakan dalam status yang dimuat naik, dengan ketepatan 90 peratus.

Antara perkataan yangs sering digunakan wanita dalam coretan yang dimuat naik adalah “menarik”, ”gembira”, “hari jadi”, “anak perempuan”, “bayi”, “teruja”, dan “bersyukur”.

Sementara antara perkataan yang sering digunakan lelaki adalah “kebebasan”, “kemerdekaan”, “menang”, “pertempuran” dan “musuh”.

Walaupun lelaki kelihatan lebih agresif di Facebook, mereka bukanlah lebih meyakinkan, malah wanita dilihat lebih mendesak dan membuat kesimpulan dengan cepat.

Penemuan itu dipaparkan dalam tajuk kajian itu: “Wanita lebih mesra tetapi tidak kurang tegas dari lelaki: Jantina dan bahasa di Facebook” yang kemudiannya diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE.

Menggunakan data, pasukan itu mencipta laman web yang membolehkan mereka daftar masuk ke dalam Facebook untuk melihat bahasa yang digunakan mengikut jantina. - MMO

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam
Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna
Make Money Using Your Facebook And Twitter Acccount.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 454
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
sukawg
102998
Forum Jump: