Lelaki Masih Hidup Biarpun Tersula Besi Panjang 2 Meter

Offline
09-22-2017, 07:00 AM,
#1
resim
Imbasan x-ray menunjukkan besi sepanjang lebih dua meter menembusi tubuh seorang lelaki di China.

SEORANG pekerja binaan di wilayah Sichuan, China, terselamat daripada maut walaupun ‘disula’ batang besi sepanjang lebih dua meter yang menembusi tubuhya dari pangkal paha hingga ke bahu.

Lelaki berusia 37 tahun itu dipanah petir ketika sedang bekerja di Chengdu menyebabkan terjatuh ke atas batang besi berkenaan, Isnin lalu.

Menurut laporan Chengdu Business Daily, lelaki itu dibawa ke hospital dan doktor mengambil masa tujuh jam melakukan pembedahan bagi mengeluarkan batang besi sepanjang 2.01 meter dengan garis pusat satu sentimeter.

Batang besi itu menikam pangkal pahanya hanya satu sentimeter dari duburnya dan menembusi perut sebelum keluar melalui bahu kanan.

Dr Ma Lin yang mengetuai sepasukan doktor pakar pelbagai bidang ketika melakukan pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Sichuan itu berkata, lelaki itu teramat bernasib baik kerana batang besi berkenaan tidak menyebabkan kerosakan organ dalamannya.

“Tidak berlaku kehilangan darah yang banyak dan pengaliran darah masih sempurna,” katanya.

Hanya paru-paru kanan lelaki itu rosak akibat ditembusi besi berkenaan dan doktor mengeluarkan tisu yang rosak pada paru-paru dan hati.

Menurutnya, lelaki dibawa ke hospital dalam keadaan masih sedar sepenuhnya.

Lelaki itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi dan keadaannya stabil. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Subang Masih Pantang Didakwa Sembunyi Kelahiran Bayi
Polis Kedah Tahan Lelaki Bersama Setengah Tan Ganja
Pelajar Lelaki Maut Jatuh Tingkat 5 Asrama Perempuan Unimap
Ibu Bakar 2 Anak Hidup-hidup Dalam Ketuhar
Promoter Wanita Dipenjara Sehari Curi Seluar Dalam Lelaki
Lelaki Ditemui Mati Dalam Proton Wira Akibat Tekanan Hidup
Lelaki Maut Besi Penghadang Jalan Tembus Toyota Avanza
Mayat Lelaki Dibunuh, Dicampak Dalam Sungai Di Tasek Gelugor
15 Kenderaan Berlanggar Cuba Elak Besi Tajam Di Lebuhraya Plus
Lelaki Dibunuh Sebelum Mayat Dicampak Dalam Gaung Di Gombak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 28
Lelaki Masih Hidup Biarpun Tersula Besi Panjang 2 Meter
sukawg
112642
Forum Jump: