Lelaki Mati Serta-merta Dihempap Tangki Dedak Ayam

Online
11-23-2017, 08:29 AM,
#1
resim
GAMBAR kiri; Tangki dedak ayam di sebuah ladang ternak di Selama runtuh menghempap seorang pekerja warga Myanmar petang semalam. Gambar kanan; Anggota polis membawa mayat mangsa yang dihempap tangki dedak ke Hospital Selama. - Foto ihsan Bomba

SELAMA: Seorang pekerja warga Myanmar maut dihempap tangki dedak ayam di sebuah ladang ternak di Kampung Batu 6, Bukit Bertam di sini, petang semalam.

Kejadian pada jam 6 petang menyebabkan mangsa Maung San Win, 37, maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7 malam.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian memotong besi penyokong tangki bagi mengeluarkan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan itu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pihak bomba mengambil masa hampir 26 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan operasi tamat sepenuhnya pada 7.26 malam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa dihempap tangki dedak dan kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Mati Ditikam, Digilis Bmw Di Stesen Minyak Shell
Wanita Mengandung Maut Dihempap Rak Kasut Di Shah Alam
Lelaki Pakai Telekung, Solat Bersama Jemaah Sebelum Curi Beg Tangan
4 Lelaki Didakwa Hari Ini Bunuh Lelaki Curi Motosikal
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Teman Lelaki Anak Mangsa Ditahan, Kes Dianggap Selesai
Belah Perut Buaya, Cari Lelaki Hilang Di Sarawak
Lelaki China Dibawa Ke Hospital Dengan Tombak Pahlawan Terpacak Di Belakang Badan
Lelaki Ditahan Seludup Budak Dalam Dashboard Bmw X5
Pencuri Mati Dibunuh, Mayat Ditemui Dalam Parit Depan Stesen Petron
Wanita Dilarikan 3 Lelaki Naik Mercedes Ditemui Selamat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 41
Lelaki Mati Serta-merta Dihempap Tangki Dedak Ayam
sukawg
113850
Forum Jump: