Lelaki Nigeria Mati Dipukul Orang Ramai Cuba Cabul Wanita Dalam Lif

Offline
09-26-2015, 08:08 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Seorang lelaki warga Nigeria maut akibat dipukul orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita tempatan ketika berada di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek, Ikechukwu Bright Ogundu, 28, menaiki lif yang pada masa sama terdapat seorang wanita.

Suspek kemudian dipercayai mengganggu mangsa sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.

Ekoran daripada itu, suspek ditangkap orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pangsapuri berkenaan ketika keluar lif sebelum dipukul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada AJK pangsapuri itu pada pukul 8.10 malam yang mengatakan terdapat seorang lelaki Nigeria ditangkap kerana mengganggu wanita.

“Anggota kereta peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian, setiba di sana mereka mendapati terdapat lebih kurang 30 orang awam sedang mengepung suspek. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk tindakan lanjut.

“Pada pukul 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azmi, ketika siasatan sedang dilakukan, suspek yang sedang baring tiba-tiba tidak sedarkan diri dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk rawatan.

“Suspek disahkan mati pada pukul 10 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh. Dia dapati cedera di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Utusan

Possibly Related Threads...
Terbabas Dalam Longkang Selepas 'kantoi' Berasmara Dalam Kereta
Pelajar Sekolah Tahfiz Didakwa Cabul Junior
Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang Didenda
Janda Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang, Didenda Rm5,700
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Ibu Hanya Biarkan Teman Lelaki Liwat 2 Anak Perempuan Di Setapak
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Gempar Kes Cikgu Sekolah Menengah Cabul 25 Pelajar
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 871
Lelaki Nigeria Mati Dipukul Orang Ramai Cuba Cabul Wanita Dalam Lif
sukawg
98517
Forum Jump: