Lelaki Perak Bakar Kereta Mahu Bunuh Diri Depan Bank

Online
12-07-2017, 02:58 PM,
#1
resim
Keadaan kereta yang dibakar mangsa menggunakan petrol dipercayai sebagai cubaan untuk membunuh diri.

TAIPING - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman nekad membunuh diri dengan membakar sebuah kereta menggunakan petrol di hadapan sebuah bank di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lim Ching Hai, 50, berasal dari Kampung Baru Temerlok, Trong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, bagaimanapun sewaktu mangsa bertindak membakar kenderaan terbabit, tindakannya disedari anggota peronda yang sedang membuat rondaan.

Menurutnya, mangsa diselamatkan dan kemudian dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Sejurus kemudian pihak bomba dihubungi bagi membantu memadam kebakaran kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. - Sinar

Possibly Related Threads...
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Suspek Akan Didakwa Esok
Lelaki Mati Ditikam, Digilis Bmw Di Stesen Minyak Shell
Lebih Sejuta Kenderaan Dijangka Terlibat Dalam Kemalangan Tahun Depan
Mahu Beri Makan, Tapi Digigit Pula Kera Hingga Patah Tulang Putus Urat
Bunuh Bakar Tanjung Sepat: Suspek Dibawa Ke Lokasi Kejadian
Suami Bunuh, Kerat, Bakar Isteri Sendiri Kerana Minta Kereta
Lelaki Pakai Telekung, Solat Bersama Jemaah Sebelum Curi Beg Tangan
4 Lelaki Didakwa Hari Ini Bunuh Lelaki Curi Motosikal
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Teman Lelaki Anak Mangsa Ditahan, Kes Dianggap Selesai
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 24
Lelaki Perak Bakar Kereta Mahu Bunuh Diri Depan Bank
sukawg
114156
Forum Jump: