Lelaki Rogol Anak Arwah Rakan Menyesal Buat Rayuan, Hakim Kasi Tambah Lagi

Offline
09-29-2015, 10:54 AM,
#1
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam, menolak rayuan seorang lelaki agar hukuman 11 tahun penjara dan lima sebatan yang dijatuhkan ke atasnya dipertimbangkan semula dan diringankan.


Hukuman itu dijatuhkan ke atas Azaha Rasdi, 50-an, pada tahun lalu kerana dua kesalahan merogol anak gadis arwah rakannya.

Bukan sahaja gagal dalam rayuannya, sebaliknya tempoh 11 tahun penjara yang dikenakan sebelum ini turut ditambah menjadi 22 tahun.

Pada 23 Oktober 2014, Azaha didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan merogol mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada Disember 2004.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Azaha didapati bersalah merogol mangsa pada Ogos 2007, di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan semak berdekatan Bukit Diman, Ajil.

Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan dua sebatan, namun dia mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Azaha kemudian memohon rayuan di Mahkamah Tinggi namun hakim menolak rayuan itu dengan mengekalkan tempoh hukuman penjara, malah mengarahkan ia berjalan berasingan menjadikan dari 11 tahun serentak menjadi 22 tahun. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Dikurung, Dipaksa Layan Nafsu Teman Lelaki Sendiri Selama 9 Hari
Polis Buru Lelaki Raba Budak Perempuan Di Fun Fair
Ibu Tak Kisah Anak Diperkosa Suami Sendiri, Lebih Baik Dari Diperkosa Orang Lain
Cemburu Anak Saudara Mesra Dengan Kekasih, Pakcik Mahu Juga
Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga
Lelaki Dirakam Tanpa Segan Silu Tunjuk Alat Sulitnya
Luluh Hati Isteri Lihat Sendiri Suami Perkosa Anak Di Sungai Petani
Sudah Ada Isteri Untuk Seks Halal, Tapi Pilih Perkosa Anak Tiri
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 587
Lelaki Rogol Anak Arwah Rakan Menyesal Buat Rayuan, Hakim Kasi Tambah Lagi
sukawg
98595
Forum Jump: