Lelaki Rogol, Samun Gadis Uitm Didakwa Hari Ini

Offline
11-08-2017, 04:06 PM,
#1
Lelaki tak mengaku rogol, samun gadis UiTM


resim
AMIRUL Faizal Amiruddin, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu merogol dan melakukan seks oral serta merompak seorang pelajar universiti di Shah Alam minggu lalu.- Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

resim

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, minggu lalu.

Tertuduh, Amirulfaizal Amiruddin, 27, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail, terhadap pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun itu serta menyamunnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) iaitu merogol mangsa dan meletakkan wanita itu dalam ketakutan kematian di bawah pokok belakang sebuah apartmen di Jalan Keluli, Seksyen 7 di sini antara pukul 8.30 sehingga 10.30 malam pada 1 November lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Amirulfaizal didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama iaitu melakukan persetubuhan luar tabii secara memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan di tempat, tarikh serta masa sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun serta disebat.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 392 yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, menyamun telefon bimbit Samsung J2 Prime dan wang tunai RM100 secara mengancam mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau di lokasi dan masa sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, didenda serta sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula pertuduhan yang dihadapi tertuduh, selain membolehkan tertuduh melantik peguam.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Sebelum ini, melaporkan seorang gadis berusia 22 tahun dirogol dan disamun, selepas diperdayakan seorang lelaki yang berpura-pura bertanya arah dalam kejadian pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, ketika mangsa pulang dari pasar malam di Seksyen 7 di sini dan dihampiri suspek ketika berjalan menghala ke sebuah hentian bas. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Ditahan Perkosa 2 Anak Jiran Sekaligus Di Kuantan
Isteri Orang Diugut Sebar Gambar Lepas Sewa Hotel Bersama Lelaki Lain
Gadis Bersalin Anak Hasil Benih Bekas Kekasih Dalam Tandas Pusat Beli Belah
Pelajar Ipt Diculik, Diperkosa 6 Lelaki Hingga Pengsan Di Selayang
Akibat Selera Songsang, Lelaki Tersangkut Mangga Dalam Pundi Kencing
Bekas Polis Didakwa Hisap Puting Dada Pelajar Lelaki
Gadis Diperkosa 3 Lelaki Bergilir-gilir Selang Setengah Jam
Gara-gara Raba Punggung Rakan Sekerja, Lelaki Dipenjara Dan Disebat
Gadis Baru Bekerja Diperkosa Pengurus Kedai Kek
Jari Dijolok Ke Dalam, Wanita Pukul Lelaki Cabul Hingga Tangan Sendiri Patah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 252
Lelaki Rogol, Samun Gadis Uitm Didakwa Hari Ini
sukawg
113536
Forum Jump: