Lelaki Takut Bini Rayu Dilepaskan, Tak Mahu Bergaduh Besar

Offline
11-25-2017, 08:20 PM,
#1
resim
ANTARA penagih yang ditahan pada program ‘My Beautiful Malaysia’ di Krubong. FOTO Zuhairi Zuber

“TOLONGLAH puan lepaskan saya kali ini, isteri menunggu hari untuk bersalin,” itu rayuan lelaki selepas ditahan ketika mahu membeli dadah, di sarang penagihan di Krubong, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu, antara lima penagih dadah yang ditahan dalam Program My Beautiful anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah (MT) bersama sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah.

Lelaki itu, mendakwa ketika ditahan dia baru saja memasuki sarang penagihan untuk mendapatkan bekalan dadah.

Katanya, dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur empat hari lalu, singgah di kawasan itu selepas dimaklumkan rakannya terdapat tempat baru.

“Ini baru kesalahan kedua, tolonglah lepaskan saya, kalau isteri tahu pasti kami akan bergaduh besar. Selain itu, dia kini tunggu hari mahu lahirkan anak kedua.

“Kalau ditahan, siapa yang mahu uruskan dan hantarnya ke hospital nanti,” katanya.

Selain itu, turut ditahan anggota polis berusia 33 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui dua paket kecil dadah dipercayai syabu dan heroin.

Dia yang berasal dari Alor Gajah, turut mendakwa bekerja sebagai pembantu di sebuah kantin sekolah menengah bagi mendapatkan sumber kewangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Melaka Tengah, Lailiyana Maon, berkata Program My Beautiful Malaysia itu diadakan bagi menghapuskan sarang penagihan dadah sekaligus penagih.

Menurutnya, dalam program itu, sepasukan anggota AADK bersama polis masuk ke sarang penagihan itu, pada 6.30 pagi.

“Lima lelaki berusia antara 33 hingga 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penagihan dadah.

“Lelaki berusia 33 tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi dibawa ke AADK,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Berang Jiran Kotorkan Halaman Rumah, Lelaki Sabit Kepalanya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 55
Lelaki Takut Bini Rayu Dilepaskan, Tak Mahu Bergaduh Besar
sukawg
113892
Forum Jump: