Lelaki Tampar Imam Diperintah Jalani Ujian Psikiatri

Offline
09-30-2015, 03:55 PM,
#1
Lelaki tampar imam diperintah jalani ujian psikiatri di Tg. Rambutan


resim
SHABIR (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas Majistret memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani penilaian psikiatri. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India yang menampar Imam 2 Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat pada 18 September lalu, diperintahkan Mahkamah Majistret dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani penilaian psikiatri.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memerintahkan Shabir Ahmad Khan, 31 dihantar ke pusat mental itu bagi menjalani penilaian psikiatri selepas beliau tidak menerima pengakuan tertuduh yang didakwa atas tiga pertuduhan. 

Ia berikutan tertuduh kelihatan keliru dan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, S Kavitha. 

Tertuduh juga kerap kali cuba menjelaskan sesuatu kepada Kavitha dan kadang-kadang hanya mendiamkan diri walaupun selepas disoal jurubahasa itu dan majistret. 

Shabir didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu mencederakan Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim, mengganggu solat Jumaat dan tinggal melebihi masa di negara ini. - BH

Possibly Related Threads...
Lelaki Maut Bmw Hp4 Ditunggang Terbabas
Lelaki Mencangkung 30 Minit Di Anjung Kondo Cuba Bunuh Diri
2 Lelaki Dipenjara 6 Bulan Kerana Curi 12 Biji Kelapa
Lelaki Dipenjara 8 Bulan Belasah Kekasih Pakai Baju Putih
Mayat Dalam Plastik Hitam: Keputusan Ujian Dna Seminggu Lagi
3 Gadis Didakwa Rompak 3 Lelaki Di Kelantan
Lelaki Cuba Bakar Alliance Bank Lepas Tolak Insurans Rm100 Juta
Lelaki Maut Jatuh Tingkat 3 Lepas Tertinggal Kunci Rumah
Mayat Budak Lelaki Dalam Plastik Hitam Di Kepong
Edit Gambar Pm Najib, Lelaki Didenda Rm3,500



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 389
Lelaki Tampar Imam Diperintah Jalani Ujian Psikiatri
sukawg
98614
Forum Jump: