Lelaki Tampar Wanita Tak Pakai Tudung Di Penang

Online
01-10-2018, 04:38 PM,
#1




resim

Lelaki tegur sebelum pukul wanita warga asing di sebuah perhentian bas di Bukit Jambul.

Tindakan seorang lelaki memukul wanita dipercayai warga asing hanya kerana tidak bertudung menimbulkan rasa kurang senang rakan-rakan mangsa yang bertindak menghalang lelaki itu.

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pengawal keselamatan itu sebelum itu datang ke perhentian bas berkenaan dan menegur beberapa wanita yang tidak bertudung, rambut berwarna dan berpakaian seksi.

Pada awalnya mereka tidak mengendahkan perbuatan lelaki itu dan menunggu pengangkutan awam seperti biasa. Namun lelaki itu pula bertindak semakin agresif dan sesekali mengangkat tangan kononnya mahu menampar mangsa yang didakwanya biadab dan menjawab segala tegurannya.

“Lain kali pakai tudung, kalau tak pakai tudung haram, you Islam bukan Kristian.

“Kalau you nak warna rambut macam ni, lebih baik you jadi Kristian,” katanya dalam nada yang tinggi kepada mangsa.

Gagal mengawal diri, lelaki itu menampar pipi mangsa menyebabkan rakan-rakan mangsa mula tampil menghalang lelaki itu dari terus bertindak keterlaluan.

Mangsa juga menjauhkan diri dari lelaki itu dan menghubungi kenalannya untuk meminta bantuan. Sementara rakan-rakannya yang lain pula cuba menghubung polis untuk datang membantu mereka dari terus diancam lelaki terbabit. - MNH

Possibly Related Threads...
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Potong Ayam 12 Bahagian Bukan 20 Punca Pekerja Kena Tampar
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Menteri Besar Tidak Dimaklum Arahan Denda Rm1,000 Lelaki Tak Solat Jumaat
Baru Tingkatan 2 Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri
25 Tahun Jadi Pondan, Lelaki Kini Nekad Berubah
Wanita New Zealand Jijik Pakaian Pramugari Malaysia Terlalu Seksi
Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Lelaki Tampar Wanita Tak Pakai Tudung Di Penang
sukawg
115022
Forum Jump: