Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga

Offline
01-18-2018, 10:19 PM,
#1
resim

HULU SELANGOR - Siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di sebuah kedai pakaian dekat Bukit Sentosa semalam diteruskan walaupun pengadu menarik balik laporan polis.

Suspek kes berkenaan dipanggil untuk rakaman percakapan namun mendakwa tidak menyedari zip seluarnya terbuka ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa (pengadu) membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kejadian sebelum menarik balik atas alasan enggan memanjangkan kes berkenaan.

Menurutnya, namun kertas siasatan dibuka dan suspek turut membuat laporan polis selepas isteri suspek mengetahui kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial.

"Berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan datang ke kedai pakaian itu dan ketika mangsa hendak melayan sebagai pelanggan, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dengan kemaluan di luar.

"Suspek beredar selepas ditegur oleh majikan mangsa manakala suspek yang turut membuat laporan polis, mendakwa tidak mengetahui zip seluarnya terbuka.

"Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pekerja perempuan di sebuah kedai pakaian apabila seorang lelaki memperlihatkan kemaluan ketika mahu membeli seluar. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Ibu Hanya Biarkan Teman Lelaki Liwat 2 Anak Perempuan Di Setapak
Isteri Nekad Kerat Alat Sulit Lepas Syak Suami Curang
Anggota Polis Ditahan Paksa Isteri Seks Luar Tabii Di Melaka
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa
Ahli Dewan Wanita Disiasat Cabul 2 Lelaki
Lelaki Perkosa Ikut Depan Dan Belakang Dipenjara 28 Tahun
Paksa Nenek Pegang Alat Sulit, Lelaki Dipenjara 4 Bulan
Lelaki Didakwa Bersandar Pada Badan Wanita Dalam Lrt



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 109
Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga
sukawg
115222
Forum Jump: