Lelaki Tua Terperangkap Dalam Lif Selama Sebulan

Offline
08-13-2017, 07:22 AM,
#1
resim
resim
resim
resim
 resim
APARTMEN di Woodstream Village, Denver, Colorado. - Agensi

Denver (Colorado), Amerika Syarikat: Seorang lelaki berusia 82 tahun yang terperangkap hampir sebulan di dalam lif walaupun dua kali menekan butang kecemasan, ditemui mati minggu lalu selepas orang ramai mengadu mengenai bau busuk.

Isaak Komisarchik tidak dilihat sejak 5 Julai lalu. Dia dipercayai mati antara 6 Julai dan 2 Ogos selepas terperangkap di dalam lif di kediamannya.

Pekerja baik pulih lif menemui mayatnya selepas beberapa penduduk di sebuah apartmen di Woodstream Village mengadu bau teramat busuk dari dalam lif berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, siasatan yang dilakukan mendapati Komisarchik menekan butang kecemasan sebanyak dua kali, menurut laporan akhbar Denver Post.

Jurucakap Jabatan Bomba Denver, Kapten Greg Pixley berkata, polis kini cuba mencari punca kenapa tidak ada orang membuat laporan selepas mendengar bunyi kecemasan itu.

Anggota keluarga Komisarchik berkata, kali terakhir dia dilihat ialah sekitar jam 2 petang 5 Julai lalu.

“Dia keluar rumah untuk mengambil surat dan ke pejabat pengurusan untuk mengambil sesuatu. Dia hilang selepas itu,” kata anak perempuannya, Yelena.

Menurutnya, bapanya tidak boleh berjalan jauh dan sering nyanyuk.

Ketika mula dilaporkan hilang, anggota bomba Den- ver menjalankan usaha mencarinya di lima kolam tidak jauh dari apartmen itu.

Pihak berkuasa yakin Komisarchik menekan butang kecemasan pada pagi 6 Julai tetapi tidak ada reaksi.

Peraturan lif di Denver memerlukan pengendali lif mengawasi panggilan kecemasan 24 jam sehari. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Perut Terburai Ditemui Dalam Kereta Ketika Sekatan Jalanraya
Putus Cinta Dengan Teman Lelaki, Wanita Cantik Cuba Bunuh Diri
Tembak Polis Bukit Aman: Saksi Direman Seminggu, 2 Lelaki Diburu
Kes Faralysa: Seluar Dalam Ibu Dicuri, Marah Ditangkap Merokok
Lelaki Mati Ditikam Ketika Makan Kfc Di Rantau Panjang
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Disimbah Asid Kerana Mahu Kahwin Lagi, Lelaki Tak Dendam Jandanya
Gadis Muda Ditemui Rentung Dalam Kereta Hyundai
Inspektor Dicekup Di Tandas Wanita Dalam Proses Dibuang Kerja
Lelaki Selamat Biarpun Badan Ditembusi Besi Penghadang Jalanraya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 38
Lelaki Tua Terperangkap Dalam Lif Selama Sebulan
sukawg
111978
Forum Jump: