Lelaki Tumbuk Muka Kerana Kasut Adidas Sudah Ditahan

Offline
11-15-2017, 07:05 AM,
#1




 
resim 
resim

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Lelaki yang memukul seorang pemuda gara-gara berebut giliran ketika membeli kasut berjenama edisi khas di pusat beli-belah Suria KLCC pada Sabtu lalu ditahan polis di rumahnya di Batu Caves, dekat sini malam tadi.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sha*harudin Abdullah berkata, suspek dikesan melalui telefon bimbit seorang rakannya dan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah malam bagi diambil keterangan.

“Suspek akan dituduh esok dan dalam rakaman percakapan yang dilakukan, suspek menga*ku menumbuk mangsa di bahagian hidung kerana berebut giliran untuk mendapatkan kasut yang ditawar syarikat kasut berjenama edisi khas tersebut.

“Selain itu, suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bersabit laporan KLIA Sepang/10163/15,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shaharudin, pihaknya turut melakukan ujian air kencing terhadap suspek dan hasil yang diperoleh negatif.

Ujarnya, satu kawad cam turut dilakukan pada pukul 2 petang ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan.

Kejadian pada pukul 6 pagi Sabtu lalu yang menjadi tular di media sosial itu bermula apabila mangsa, Faiz Hariz, 22, didapati menegur suspek yang memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC.

Akibat teguran tersebut, suspek yang datang berkumpulan, berang lalu bertindak menumbuk mangsa sehingga tulang hidung mangsa patah serta lebam mata kirinya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Cipta Roket Sendiri Mahu Buktikan Teori Bumi Rata
Di China, Ibu Bunuh Diri Kerana Bakal Menantu Pendek
Kasut Adidas: Lelaki Didakwa Hari Ini, Tak Mengaku Tumbuk
Budak Kecil Sekarang Sudah Obses Pakai Gincu, Bersolek
Pemandu Gila Gajet Ditahan, Ikat Tablet Telefon Pada Stereng
Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri
Di India, Kerana Tak Puas Hati Dengan Filem, Mahu Bakar Pelakon
Gol Tak Dikira Kerana Ofsaid, Penjaga Garisan Dibelasah Di Terengganu
Pm Singapura Tuduh Malaysia Semak Semula Pulau Batu Puteh Kerana Mahu Pilihanraya
Lelaki Enggan Cerita, Tapi Doktor Dedahkan Belut Dimasukkan Ikut Dubur



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Lelaki Tumbuk Muka Kerana Kasut Adidas Sudah Ditahan
sukawg
113658
Forum Jump: