Mahathir: Guan Eng pun sama, undurlah

Offline
05-18-2015, 10:10 PM, (This post was last modified: 05-18-2015, 10:11 PM by ringgit maker.)
#1
resim

Selepas Putrajaya, Komtar Pulau Pinang pula menjadi sasaran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak, Mahathir berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga patut berundur.

“Saya akan kata kedua-dua kamu patut letak jawatan,” katanya ketika menjawab soalan anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Wakil rakyat DAP itu bertanya jika mahu menulis surat kepada Lim dan Najib, apa yang akan diberitahunya.

Mahathir berkata kedua-dua pemimpin itu perlu berundur selepas perbezaan kerajaan pusat dan negeri mewujudkan suasana politik yang tidak baik.

"Sejak 60 tahun negara ini stabil dan berkembang pesat. Tapi bila kita ada kerajaan yang berbeza di negeri, muncul perkara antagonis, kembali kepada sentimen perkauman dan sebagainya.

"Sudah pasti anda tidak memberikan kebaikan kepada negara. Jadi mungkin lebih baik dua-dua letak jawatan," katanya.

Turut kelihatan pada program pelancaran buku itu pada hari ini ialah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Malah, turut hadir juga ialah adik menteri besar Selangor Umi Hafilda Ali serta bekas ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Tiada siapa layak

Sementara itu, dalam sesi soal jawab sama, ketika ditanya siapakah yang layak menggantikan perdana menteri sekarang, Mahathir hanya menjawab:

"Tiada siapa.

"Kita lihat perdana menteri mempunyai banyak kuasa. Bila ada kuasa yang terlalu banyak, bila dia salah guna kuasa kita tak boleh nak cakap apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir berkata beliau mencadangkan supaya kerajaan membentuk satu jawatankuasa baru seperti kabinet yang tidak dilantik perdana menteri sebagai penasihat ketua negara itu.

"Saya rasa kita perlu ada kabinet luaran yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," ujarnya lagi.

Possibly Related Threads...
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir
Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir
Nilai Tanah Dibeli Th Sama Jumlah Hutang Perlu Dibayar 1mdb
Skuad Samseng Guan Eng
Guan Eng: Saya Hanya Sedia Jumpa Mukhriz
[mkini]_hadi, Guan Eng Pertegas Persetujuan Bersama Pas-dap
[mkini]_jangan Mengundi Ikut Nafsu, Kata Mahathir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 544
Mahathir: Guan Eng pun sama, undurlah
ringgit maker
95745
Forum Jump: