Majlis Konvokesyen Do's And Don't.

Offline
11-21-2013, 08:53 AM,
#1
resim




1. Pakaian
Setiap majlis konvokesyen , tak kiralah universiti tempatan atau antarabangsa, pakaian graduan dan tetamu diminta agar kelihatan sopan dan tak menjolok mata. Lebih baik lagi kalau dapat pakai pakaian yang formal atau sesuai untuk ke pejabat.

Kenapa ia perlu, ini bagi mengurangkan rasa tidak selesa pada masyarakat yang mungkin berbeza bangsa, agama dan budaya masing2. Tak perlu mahal, asalkan molek dipandang mata. Kalau boleh, janganlah pakai skirt atas peha, atau baju tanpa lengan, atau jeans koyak.



2. Ambil gambar atau video

Ini dah jadi trend, almaklumlah, harga digital kamera dah murah, handphone pun boleh amik gambar. Cuma, janganlah macam tak sempat2 nak tunggu majlis selesai dah nak ambil gambar. Siap ganggu jurukamera rasmi universiti lagi sebab nak amik gambar graduan. Satu, dua snap dari jauh pun oklah. Bila dah selesai majlis, ambillah gambar puas2.




3. Makan

Biasanya, dalam dewan konvo tak disediakan makan. Jadi, pastikan anda alas perut dulu sebelum masuk dewan. Kalau tak, takut kena gastrik. Susah. Kalau majlis start pagi, standby roti atau biskut. Nak sarapan kat kedai, mungkin tak sempat. Lama tau duduk dalam dewan tu, paling kurang 3 jam. Kalau sesi petang, mungkin mudah sikit. Banyak sikit masa nak pilih tempat makan.



resim




4. Toilet

Sebelum masuk dewan, silalah buang air dulu. Bila dah masuk, susah nak ke toilet. Ada sesetengah universiti, tandas ada disediakan dalam dewan. Tapi, ada yang toilet kat luar.


resim



5. Gadjet
Satu tip untuk tetamu yang masuk dewan, bawaklah gadget untuk mengisi masa lapang. Tapi, janganlah ada bunyi audio dan effect yang kuat. Tak pun silentkan. Tapi graduan, silalah dengar dan lihat apa yang berlaku di pentas tu. It might just become your one and only experience for the whole life. Observe and enjoy Wink




Peringatan ye graduan, janganlah sia2 kan 4/5/6 tahun anda di Universiti dengan buat perangai tak tentu hala masa naik atas pentas tu. Ada kes pernah belaku, pelajar bukak baju atas pentas masa ambil ijazah. Kesian segala susah payah masa belajar, langsung orang tak ingat. Orang cuma ingat pasal kes bukak baju jek. Nak ke?

Nasihatku pada graduan semua, selain daripada keluarga dan guru, berterima kasihlah pada

- mereka yang pastikan nama anda keluar pada skrin masa anda ambil skrol atas pentas
- mereka yang tolong uruskan anda dapat pakai jubah masa konvo
- mereka yang susun jadual dan post surat jemputan supaya anda tak terlepas majlis konvo
- mereka yang hantar jubah yang anda dah pakai pada dobi dan simpan semula untuk dipakai oleh junior anda
- mereka yang uruskan makan vip yang dijemput masa majlis graduan anda
- mereka yang pasang khemah, kerusi dan meja supaya anda dan keluarga ada tempat untuk duduk sepanjang majlis
- mereka yang tolong ambil gambar anda masa konvo
- mereka yang sapu sampah dan buang sampah sebelum, semasa dan selepas majlis.


Dan ramai lagi yang terlibat tapi macam tak penting kerana mereka tak diraikan. Tapi, tanpa mereka belum pasti majlis graduan anda berjalan dengan baik. Tak susah mana, senyum dan ikutlah peraturan majlis. Mudah.



resim



Lastly... tahniah kepada yang graduan tahun ini ( tak kisahlah universiti mana pun).
Mudah2an, perjalanan kerjaya anda pada masa akan datang adalah indah dan mengujakan.




resim

Video Hiasan







Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1506
Majlis Konvokesyen Do's And Don't.
Reez Ramsey
79306
Forum Jump: