Mak Nyah Tua Jual Tubuh Kepada Anggota Polis Didenda Rm800

Offline
10-02-2015, 03:50 PM,
#1
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berperwatakan wanita didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis dua hari lalu. 


Chan Chew Mun, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai baju di Jalan Petaling, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 September lalu mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris turut memerintahkan Chan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda. 

Chan membayar denda itu. 

Ketika rayuan, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling ringan atas alasan anak guamnya berjanji akan mencari pekerjaan lain seperti pembantu restoran jika diberi peluang kedua. 

"Anak guam saya menanggung ibunya yang berusia 70 tahun yang terlantar sakit dan juga ahli keluarga yang lain," katanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar. - BERNAMA/BH

Possibly Related Threads...
Polis Buru Lelaki Raba Budak Perempuan Di Fun Fair
Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Polis Serbu Pesta Seks Ikut Jalan Belakang Di Indonesia
Anggota Polis Didakwa Berbogel Depan Jiran Di Melaka
Lelaki Diwajibkan Lapor Polis Dulu Sebelum Berasmara
Lelaki Ugut Sebar Gambar Bogel Kekasih Didenda Rm5,000
Wanita Ditahan Polis Kerana Pakai Seluar Nipis, Disangka Telanjang
Polis Tahan Suami Bernafsu Pelik, Suka Lihat Isteri Diintimi Lelaki Lain
Flat Petani Di Kuala Terengganu Sarang Pondan Jual Tubuh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 548
Mak Nyah Tua Jual Tubuh Kepada Anggota Polis Didenda Rm800
sukawg
98672
Forum Jump: