Malas Pergi Tandas, Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk

Offline
10-12-2017, 03:09 PM,
#1
resim
Foto yang tular di laman sosial China, Weibo.

BEIJING - CHINA. Sepatutnya si ibu temankan anak kecik pergi tandas, tapi kerana sifat pemalas, beliau berikan mangkuk dan menyuruh anaknya kecil ke dalamnya.

Menjijikkan, tetapi itulah yang terjadi di sebuah restoran di bandar Fangzhuang baru-baru ini.

Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung lain yang terkejut dengan tindakan kotor tersebut.

Si ibu pula dengan muka selamba mengatakan pihak restoran akan membersihkan juga mangkuk tersebut.

Kejadian tersebut yang tular bersama foto yang dimuatnaik menyebabkan seorang wartawan melawat restoran terlibat untuk pengesahan.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan ianya kali pertama dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja.

Tambahnya, keputusan wanita berkenaan 'langsung tidak diterima akal' kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi dengan tandas.

Selain itu, mangkuk dan alatan terlibat sudah tidak boleh digunakan selepas kejadian. - Sinar

Possibly Related Threads...
Culik Pastor Koh: Nombor Plat Kenderaan Suspek Tiada Dalam Rekod
Wanita China Menjerit-jerit Seperti Hilang Akal Lepas Telefon Jatuh Dalam Tasik
Anak Kucing Dikerat-kerat, Dicampak Depan Pintu Di Sekinchan
Remaja Hidap Kencing Manis Kronik Minum Air Bergas Setiap Hari
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
Emas Rm13 Juta Ditemui Dalam Loji Penapis Air Switzerland
Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Jadi Rebutan
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
Jari Putus Tersepit Pintu Gara-gara Bergurau Dalam Kelas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Malas Pergi Tandas, Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk
sukawg
113267
Forum Jump: