Malaysia Masih Tidak Puas Hati Cara Indonesia Tangani Jerebu

Offline
10-04-2015, 11:47 AM,
#1
resim
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada program U-Turn terbitan TV Hijrah di Pusat Islam, Kuala Lumpur. - Foto Yazit Razali 

KUALA LUMPUR: Malaysia masih tidak berpuashati dengan cara Indonesia menangani kebakaran hutan dan ladang di republik itu yang menyebabkan jerebu di negara ini dan Singapura. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Indonesia jangan hanya tegas di atas kertas saja tetapi perlu membuktikan komitmen mereka menangani perkara itu. 

Katanya, tempoh tiga tahun yang diberikan untuk menangani masalah itu seperti diikrarkan Presidennya terlalu lama. 

"Indonesia perlu tegas mengenakan tindakan kepada pekebun dan peladang yang membakar hutan dan ladang untuk penerokaan tanah termasuk rampas tanah mereka," katanya pada sidang media selepas melancarkan program U-Turn terbitan TV Hijrah di Pusat Islam di sini, hari ini. - BH

Possibly Related Threads...
Janji Indonesia: Tiada Jerebu Dari Sumatera Barat Tahun Ini
Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia Susulan Gempa 5.5 Di Sumatera
Jerebu Kembali Melanda Negara
10,000 Penduduk Sakit Akibat Jerebu Di Riau
19 Warga Indonesia Mati Akibat Jerebu
Jerebu Boleh Menyebabkan Tekanan, Kemurungan Dan Sakit Mental
Jerebu: Sekolah Tutup Lagi Esok 20 Oktober
Api Padam, Bara Masih Menyala Di Pekanbaru
Apa Pemerintah Menunggu Anak Kami Mati Kerana Asap? Rintih Warga Indonesia
Jerebu: Semua Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan Ditutup 2 Hari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 604
Malaysia Masih Tidak Puas Hati Cara Indonesia Tangani Jerebu
sukawg
98706
Forum Jump: