Malaysia Ramai Orang Kaya Tapi Tak Ramai Bantu Orang Susah, Kata Mufti

Offline
06-17-2017, 03:33 PM,
#1
resim
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati golongan berada yang beragama Islam agar tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik, terutama pada bulan Ramadan. — Foto oleh Choo Choy May

BAGAN SERAI, 17 Jun — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meluahkan kekesalan kerana meskipun Malaysia mempunyai ramai orang kaya, namun tidak banyak yang turun padang membantu mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar golongan ini, terutama yang beragama Islam, agar tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik, terutama pada bulan Ramadan.

“Mereka sepatutnya mencontohi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng yang sering memberi bantuan kebajikan kepada orang Islam,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin oleh yayasan itu, di sini semalam.

Pada majlis ke-13 itu, yayasan berkenaan menyumbangkan RM200 seorang kepada 200 penerima dari Bagan Serai dan Parit, manakala 10 lagi dari kawasan sama menerima RM2,000 seorang selain menyerahkan zakat berjumlah RM20,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk).

Harussani berkata sumbangan yayasan tersebut membuktikan keperihatinan mereka dalam menyumbang kepada asnaf di negeri Perak.

“Yayasan ini membantu golongan asnaf berdasarkan hasil keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan di negeri ini. Setiap tahun yayasan ini menderma untuk rumah kebajikan, sekolah dan membantu mereka yang memerlukannya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi yayasan, Tan Sri Fng Ah Seng berkata pihaknya mahu berkongsi kekayaaan dengan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan pada hari raya kali ini.

“Kita memperuntukkan RM1 juta untuk diagihkan kepada golongan miskin pada tahun ini,” katanya. — Bernama/MMO

Possibly Related Threads...
22 Peratus Atau 7 Juta Penduduk Malaysia Tidak Bekerja
Protes Bendera Terbalik Di Kedutaan Malaysia Di Jakarta
Tiada Penipuan Kiraan Harga Minyak, Kata Menteri
Bendera Terbalik: Tak Usah Dibesarkan-besarkan, Kata Jokowi
Ustaz Tergamam Murid Tanya ' Lepas Sunat Saya Boleh Rogol Orang Kan?'
Viral 3 Pemuda Malaysia Berlagak Samseng Di Jepun
Jangan Ikut Ayah Kahwin Empat, Kata Lelaki Terengganu
Wanita Lebih Cenderung Minta Cerai, Kata Pakar
Apa Salah Kami? Kami Cederakan Orang? Tanya Pengasas Kelab Atheist
Kerajaan Akan Siasat Kelab Atheist Kl Dakwa Dianggotai Orang Islam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 61
Malaysia Ramai Orang Kaya Tapi Tak Ramai Bantu Orang Susah, Kata Mufti
sukawg
110935
Forum Jump: