Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria, 8 Orang Sudah Tiba Hari Ini

Offline
12-08-2015, 07:59 PM,
#1
8 imigran Syria tiba di tanah air


resim
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Effendy Rashid 

SEPANG: Seramai lapan imigran Syria dari dua keluarga selamat tiba ke Malaysia pada jam 4.50 petang tadi menerusi penerbangan Turkish Airlines.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. 

Nur Jazlan berkata, ketibaan mereka adalah atas rayuan dua ahli keluarga mereka yang sudah pun empat tahun berada dan bekerja di Malaysia. 

"Mereka ialah Mohamed Ibrahim, 29, yang membawa seorang adik lelaki, perempuan dan kedua ibu bapa; manakala Ali Abdul Nasser, 30, tahun membawa ibu bapa serta dua adik perempuan. 

"Dalam membantu menyelaras usaha memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria, kerajaan sudah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dianggotai bersama agensi kerajaan berkaitan,"katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Pada Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian. 

Perdana Menteri berkata, negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah. - BH

Possibly Related Threads...
Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.
Pelarian Syria Rentas Laut Pindah Ke Greece Tak Lupa Bawa Kucing Bersama
25 Gambar Malam Di Bandar Mosul Syria Di Bawah Jajahan Daulah Islam Wilayah Nainawa
80,000 Pejuang Asing Banjiri Syria Melalui Turki Dan Jordan
As Mengaku Latih Penentang Kerajaan Syria Bergaji As$250 Ke As$400 Sebulan
Lelaki Dari Tumpat Jadi Pengebom Berani Mati Kedua Rakyat Malaysia
Seorang Lagi Pengebom Berani Mati Malaysia Dikenal Pasti
14 Gambar Terbaru Kemusnahan Di Aleppo Syria
2 Gadis Austria Jihad Di Syria Didakwa Hamil, Terdesak Mahu Pulang
Video Pengintip Amerika Jatuh Berkecai Rebah Ke Bumi syria oleh Isis
Offline
12-08-2015, 08:05 PM,
#2
resim

Kumpulan pertama pelarian Syria tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. Malaysia akan membuka pintu buat 3,000 pelarian Syria dalam tempoh 3 tahun akan datang untuk membantu meringankan krisis pelarian di negara itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2015.
Offline
12-08-2015, 11:11 PM,
#3
Ketibaan 8 orang dari 2 keluarga itu membawa senyuman kepada Ali Abdul Naser dan Mohamed Ibrahim, dua warga Syria yang membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa keluarga mereka ke Malaysia sebulan yang lalu.

Kedua-dua mereka merupakan migran yang bekerja di Malaysia sebagai penggunting rambut profesional di sebuah syarikat British di sini sejak tahun 2012.

Menurut Ali, 30, keluarganya terpaksa tinggal di bawah khemah sejak 6 bulan yang lalu sebelum tiba di sini.

"Terlalu banyak perang yang berlaku di sana dan keluarga saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Syria.

"Rumah saya dan rumah ibubapa saya musnah kerana dibom dan tiada apa yang tinggal lagi. Saya bersyukur kerana dapat membawa keluarga saya ke sini bersama," katanya.

Ali dan Mohamed bercakap kepada pemberita selepas ketibaan 4 orang ahli keluarga masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Ketibaan mereka turut disambut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Keempat-empat ahli keluarga Ali – ibu, bapa dan dua orang adik perempuannya – yang berasal dari Iblid di Syria itu, diterbangkan ke Turki sebelum tiba ke Malaysia.

"Saya tidak percaya mereka sudah berada di sini, dalam masa sebulan sahaja (selepas membuat permohonan). Saya sangat gembira," katanya.

Bagaimanapun, Ali berkata, walaupun mereka kini bersama di sini, beliau tetap akan pulang ke tanah airnya sekiranya keadaan di Syria kembali aman seperti sebelum ini.

"Saya teringin pulang ke Syria apabila keadaan semakin pulih tetapi saya suka tinggal di Malaysia. Ini juga negara saya.

"Saya bekerja di sini dan saya mempunyai rakan-rakan di sini juga," katanya.

Manakala Mohamed, 29, pula membawa ke negara ini ibu, bapa, adik dan abangnya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/b....tOQJxBzI.dpuf



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 849
Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria, 8 Orang Sudah Tiba Hari Ini
sukawg
99861
Forum Jump: