Malaysia Terunggul Di Dunia Guna Whatsapp

Offline
09-11-2017, 03:03 PM,
#1
resim

PETALING JAYA: Malaysia kini mengungguli penggunaan aplikasi WhatsApp berbanding negara-negara lain di dunia, menurut satu laporan.

Menurut Laporan Berita Digital 2017 oleh Institut Pengajian Kewartawanan Reuters di Universiti Oxford, 51 peratus pengguna baharu di Malaysia menggunakan WhatsApp untuk mencari, berkongsi dan berbincang mengenai berita-berita sepanjang minggu.

Jika dibandingkan, hanya tiga peratus pengguna berita di Amerika Syarikat menggunakan platform pesanan popular itu.

Brazil dan Chile merupakan pesaing Malaysia dari segi penggunaan WhatsApp, masing-masing 46 dan 39 peratus.

Menurut laporan berkenaan, kedudukan aplikasi pesanan dan media sosial paling tinggi di Malaysia dari segi habit penggunaan berita dalam talian adalah Facebook (58 peratus), YouTube (51 peratus), WeChat (13 peratus) dan Instagram (13 peratus). - MStar

Possibly Related Threads...
Whatsapp Adalah Nombor 1
1 Bilion Aktif Guna Whatsapp Setiap Hari
Skmm Nafi Viral Rakam, Rekod Panggilan Telefon, Whatsapp
Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara
Brazil Sekali Lagi Sekat Khidmat Whatsapp
Whatsapp Bakal Lancar Panggilan Video Dan Peti Suara?
Pengguna Di Malaysia Layari Facebook 3 Jam Sehari
Facebook Umum Pembukaan Pejabat Cawangannya Di Malaysia
Digantung 72 Jam, Whatsapp Kembali Di Brazil
Hakim Brazil Arah Servis Whatsapp Digantung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 71
Malaysia Terunggul Di Dunia Guna Whatsapp
sukawg
112438
Forum Jump: