Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat

Offline
10-03-2017, 06:45 AM,
#1
resim

WASHINGTON 2 Okt. – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg me­nerusi Facebook memohon maaf kepada orang ramai kerana hasil kerjanya yang telah digunakan untuk memecahbelahkan orang ramai.

“Di sebalik menyatukan kita semua, hasil kerja saya telah digunakan untuk memecahbelahkan orang ramai, saya memohon maaf dan akan bekerja dengan lebih baik,” katanya sempena berakhirnya cuti Yom Kippur iaitu percutian bagi golongan Yahudi untuk menebus dosa.

Zuckerberg yang juga Ketua Eksekutif Facebook Inc., tidak merujuk isu tertentu dalam me­sejnya itu yang dimuat naik ke­ti­ka Facebook dan beberapa syarikat teknologi lain kini di bawah pemantauan ketat ekoran siasatan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terhadap potensi pembabitan Rusia dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Pada 16 September lalu, Facebook memaklumkan pihak­nya mendapati sebuah operasi dipercayai berpangkalan di Rusia membelanjakan AS$100,000 (RM422,000) untuk beribu-ribu iklan mempromosi mesej me­me­­cahbelahkan dan politik da­lam tempoh dua tahun.

Facebook yang merupakan rangkaian media sosial utama turut memaklumkan, sebanyak 3,000 iklan dan 470 akaun ‘tidak sahih’ serta halaman, telah menyebarkan pendapat dan pandangan memecahbelahkan me­la­lui pelbagai topik termasuk pendatang dan kaum.

Media sosial itu juga telah melakukan operasi baik pulih cara pengendalian iklan berbayar tentang politik selepas Kongres AS mengugut untuk mengawal selia rangkaian media sosial terbesar dunia itu berikutan iklan-iklan ‘sulit’ yang disiarkan semasa kempen-kempen pilihan raya.

Siasatan yang dijalankan oleh beberapa jawatankuasa Kongres termasuk Jabatan Kehakiman telah mengeruhkan imej pentadbiran Pre­siden Donald Trump sejak beliau memulakan tugas pa­da Januari lalu selain mengancam agen­da­nya. – REUTERS/Utusan

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg Dengan Kata Laluan 'dadada' Digodam
Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
Make Money Using Your Facebook And Twitter Acccount.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 58
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
sukawg
113093
Forum Jump: