Masih Kurang Rm25,000

Offline
03-06-2014, 02:33 AM,
#1
Batang Kali: “Saya terharu dengan bantuan diterima daripada orang ramai dan derma kini mencecah RM25,000 selepas rayuan tabung perubatan anak saya disiarkan Harian Metro, Sabtu lalu,” kata Abdul Razak Abdul Rahim, 33, bapa kepada Shaqira Insyirah, 7, yang memerlukan RM50,000 untuk kos pembedahan matanya.

Menurutnya, hanya selepas tiga hari berita mengenai anak disiarkan, tabung yang dilancarkan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan berjaya mengumpul lebih RM25,000.

Katanya, banyak panggilan telefon diterima dari seluruh negara yang mahu menyalurkan bantuan kepada tabung anaknya.

“Shaqira gembira dengan kunjungan Kamalanathan sempena hari lahirnya yang ketujuh dan dia ingin sangat untuk melihat seperti kanak-kanak lain.

“Keluarga kami berterima kasih kepada wakil rakyat dan penderma untuk tabung rawatan ini,” katanya ditemui sempena majlis sambutan hari jadi anaknya, di sini, semalam.

Tabung pembedahan mata dilancarkan Kamalanathan Jumaat lalu di Bukit Beruntung bagi mengumpul RM50,000 untuk menampung kos rawatan di New Delhi, India dengan segera.

Kanak-kanak itu pernah melakukan pembedahan tumor di kepala pada 10 Julai tahun lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan gagal melihat sepenuhnya akibat masalah saraf tunjang mata.

Abdul Razak dan isteri, Nurul Aishah Abdullah, 37, berharap rawatan susulan pembedahan mata anak mereka memulihkan semula penglihatan.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, sokongan pelbagai pihak menyokong kutipan tabung berkenaan cukup menggalakkan.

Katanya, Abdul Razak berjanji akan memulangkan lebihan kutipan tabung itu kepada kanak-kanak lain jika sudah mencukupi daripada jumlah diperlukan.

Orang ramai yang menyumbang kepada tabung itu boleh menyalurkan ke akaun Maybank milik Abdul Razak di nombor 106061555792 dan menghubunginya di talian 013- 6927289.


resim
Foto
KAMALANATHAN (kiri) menghadiri majlis hari jadi dan penyampaian sumbangan orang ramai untuk tabung Shaqira (duduk tengah).

Possibly Related Threads...
Warga Emas Rayu Bantuan Bina Rumah, Malam Masih Guna Pelita



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 494
Masih Kurang Rm25,000
sukawg
82557
Forum Jump: