Masjid Di Berlin Anjur Lelaki, Wanita Solat Bercampur

Offline
06-19-2017, 07:42 AM,
#1
resim
Penganut Islam liberal melakukan solat Jumaat pada pembukaan Masjid Ibn Rushd-Goethe, di Berlin, kelmarin. AFP

resim
JEMAAH lelaki dan wanita solat bersama ketika solat Jumaat.

resim
Ani Zonneveld yang berasal dari Malaysia.

resim
Members of Muslims for Progressive Values pray during Eid in 2012.

BERLIN 17 Jun - Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.

Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.

“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. 

"Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golongan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam berucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid. – AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Kristian Disebat 36 Kali Kerana Jual Arak Di Aceh
Video Parodi Lelaki Berpakaian Wanita Tak Bermanfaat, Rosakkan Pemikiran
Jangan Risau, Kami Jaga Motosikal Jemaah Solat Jumaat
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Penyelia Jd Sports Pavilion Dipecat Halang Pekerja Solat
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Menteri Besar Tidak Dimaklum Arahan Denda Rm1,000 Lelaki Tak Solat Jumaat
Denda Rm1,000 Jika Ponteng Solat Jumaat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 198
Masjid Di Berlin Anjur Lelaki, Wanita Solat Bercampur
sukawg
110962
Forum Jump: