Masyarakat India Muslim Mohon Diberi Status Bumiputera

Offline
06-18-2017, 05:42 PM,
#1
resim
Datuk Ahmad Maslan (dua, kanan) menerima memorandum daripada Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz.

resim

KUALA LUMPUR: Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mencadangkan masyarakat India Muslim yang dilahirkan di negara ini diberi status Bumiputera.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran SN Syed Abd Aziz, berkata status itu wajar diberi berikutan pengorbanan nenek moyang masyarakat berkenaan membawa masuk agama Islam ke Tanah Melayu sebelum menjadi agama rasmi negara ini.

"Masyarakat India Muslim mengiktiraf, mengangkat dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu, selain menerima Islam sebagai agama Persekutuan serta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kita juga mengamalkan adat resam dan budaya Melayu," katanya selepas berkata menyerahkan memorandum permohonan status Bumiputera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Syed Muhammad Imran berkata demikian pada Program Ihya Ramadan Bersama Anak Yatim, Fakir Miskin dan Ibu Tunggal serta Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PT3/SPM/STPM 2016 dan Perasmian Persatuan Malabari Muslim Jama'at Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ahmad berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk tindakan lanjut. - BHarian

Possibly Related Threads...
Doktor Gigi Palsu, Farahanis Mohon Maaf
Pewaris Takhta Johor Diberi Nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Ibu Mohon Kesan Farhana Dilarikan Lelaki Balik Ke Indonesia
Raja-raja Melayu Sokong Sultan Johor Isu Dobi Muslim
Mufti Wilayah Tak Sokong Dobi Mesra Muslim
Lelaki India Dengan Nama Cina Tak Diiktiraf Warganegara
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Tahfiz Terbakar: Zahid Jumpa Najib Esok Mohon Pasukan Khas
Budak Perempuan Hidap Penyakit Yang Belum Pun Diberi Nama
Mb Negeri Sembilan Tegur Pihak Mahu Buat Ibadah Korban Tapi Mohon Sumbangan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 110
Masyarakat India Muslim Mohon Diberi Status Bumiputera
sukawg
110952
Forum Jump: