Masyarakat India Muslim Mohon Diberi Status Bumiputera

Offline
06-18-2017, 05:42 PM,
#1
resim
Datuk Ahmad Maslan (dua, kanan) menerima memorandum daripada Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz.

resim

KUALA LUMPUR: Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mencadangkan masyarakat India Muslim yang dilahirkan di negara ini diberi status Bumiputera.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran SN Syed Abd Aziz, berkata status itu wajar diberi berikutan pengorbanan nenek moyang masyarakat berkenaan membawa masuk agama Islam ke Tanah Melayu sebelum menjadi agama rasmi negara ini.

"Masyarakat India Muslim mengiktiraf, mengangkat dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu, selain menerima Islam sebagai agama Persekutuan serta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kita juga mengamalkan adat resam dan budaya Melayu," katanya selepas berkata menyerahkan memorandum permohonan status Bumiputera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Syed Muhammad Imran berkata demikian pada Program Ihya Ramadan Bersama Anak Yatim, Fakir Miskin dan Ibu Tunggal serta Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PT3/SPM/STPM 2016 dan Perasmian Persatuan Malabari Muslim Jama'at Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ahmad berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk tindakan lanjut. - BHarian

Possibly Related Threads...
Kubur Asing-asing, Tak Sepatutnya Berlaku Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia
Rakyat Malaysia Jadi Hamba Di Korea Mohon Dibantu
Mohon Pinjaman Serentak, Dengan Gaji Rm3,000 Mampu Miliki 8 Kereta
Wanita Muat Naik Status Maki Hamun Mufti Perak
India Guna ' Meriam' Untuk Bersihkan Jerebu
Hot Fm Mohon Maaf Isu Panggilan Hangit
Harga Bawang Naik 3 Kali Ganda Lepas India Sekat Eksport
Di India, Suami Boleh Dipenjara 3 Tahun Jika Cerai Isteri Talak 3
Bekas Presiden Mugabe Diberi Kekebalan Dari Sebarang Pendakwaan
Di India, Kerana Tak Puas Hati Dengan Filem, Mahu Bakar Pelakon



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 149
Masyarakat India Muslim Mohon Diberi Status Bumiputera
sukawg
110952
Forum Jump: