Mata Buta Gara-gara Rakan Baling Mercun Bola

Offline
06-19-2017, 06:31 PM,
#1


resim

KEGEMBIRAAN bermain mercun bersama rakan akhirnya membawa padah kepada seorang remaja selepas sebelah matanya buta terkena serpihan mercun pada 2010.



Mohamad Abdul Amin Zokhri, 22, dari Kampung Bukit Lala, Pokok Sena, tidak menyangka lontaran mercun bola ke dalam air oleh rakannya menyebabkan dia hilang penglihatan.

Peristiwa itu memberi kenangan pahit kepadanya hingga kini dan setiap kali melihat mercun bola sudah pasti dia akan mengingat kembali peristiwa itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidiladha dan dia bersama rakannya bermain mercun bola di tali air berhampiran rumahnya.

"Saya bersama empat kawan main mercun. Waktu itu kami baling mercun masuk ke dalam tali air sebab seronok tengok buih-buih yang banyak keluar dekat permukaan air," katanya.

Mohamad berkata, selepas beberapa kali mercun itu dibuang ke dalam tali air, tiba-tiba seorang rakan sekali lagi melemparkan mercun.

"Saya tak sempat nak palingkan muka menyebabkan mercun itu meletup di permukaan hingga serpihannya terkena mata kiri.

"Selepas serpihan terkena mata, saya cuba basuh dan mata mula rasa sakit, macam kena masuk air limau. Masa itu juga mata makin kabur dan berair. Saya terus balik rumah dan beritahu mak ayah," katanya.

Katanya, bimbang dengan keadaannya itu, bapanya membawanya ke Klinik Kesihatan berdekatan dan kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Di hospital doktor bersihkan mata dan buang serpihan belerang dalam mata. Mata saya terpaksa ditutup tiga hari. Paling sedih bila doktor beritahu kornea mata saya dah pecah dan tak berfungsi lagi.

"Masa itulah saya menyesal bermain mercun sebab sekelip mata saja hilang sebelah mata. Saya terpaksa tinggal dekat hospital selama dua minggu untuk dapatkan rawatan bagi memulihkan kembali penglihatan menggunakan sebelah mata," katanya.

Tambahnya, selepas sebelah matanya tidak lagi berfungsi, pelbagai masalah timbul pada awalnya bagi mengimbangi dirinya terutamanya semasa berjalan dan memegang objek.

"Kejadian ini beri pengalaman pahit kepada saya dan masa inilah saya terasa berharganya sepasang mata kepada saya. Saya harap pengalaman ini beri iktibar kepada mereka yang suka main mercun sebab boleh bagi cacat kekal untuk selamanya," katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Abang Sorok Dalam Semak, Lihat Adik Mati Ditetak Depan Mata
Melayu Paling Ramai Ditimpa Kecelakaan Main Mercun
Mengerikan Mata Kail Tersangkut Dalam Mata
Warga Emas 77 Tahun Cedera 3 Jari Kena Mercun Bola
Lelaki 47 Tahun Hancur 3 Jari Main Mercun
Pelajar Mungkin Buta Lepas Mata Terkena Mercun Padi
Hilang 2 Jari Cuba Buang Mercun Bola Dibaling Budak Nakal
Gara-gara Main Meriam, Budak Melecur Disambar Api
Pelajar Tingkatan 1 Mangsa Kedua Kena Mercun Bola
Budak 9 Tahun Mangsa Mercun Pertama Tahun Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 28
Mata Buta Gara-gara Rakan Baling Mercun Bola
sukawg
110967
Forum Jump: